26hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dan MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) hari ini melancarkan projek pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) secara berperingkat di 50 stesen BHPetrol di sekitar Lembah Klang dan disasarkan siap tahun ini.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kolaborasi dengan Itali dan rakan kongsi Eropah yang lain akan memainkan peranan penting dalam menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata teknologi, kewangan dan inovasi mesti mewujudkan pekerjaan berkualiti, memperkukuh keupayaan domestik, menyokong pertumbuhan perniagaan dan memperluas akses kepada perkhidmatan yang berpatutan ketika Malaysia meletakkan dirinya sebagai hab serantau untuk teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).
26hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Langkah Malaysia memperkukuh ekosistem semikonduktornya telah memasuki peringkat pelaksanaan dengan pelancaran SemiconStart Malaysia, menunjukkan tumpuan kerajaan untuk menterjemahkan perancangan kepada pencapaian yang nyata dalam industri, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
26hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan separuh kedua 2026 dengan prestasi memberangsangkan, dipacu oleh keuntungan semalaman lebih kukuh di Wall Street dan sentimen pasaran yang bertambah baik susulan kemajuan dalam rundingan damai AS-Iran yang meningkatkan keyakinan pelabur.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan kadar asas pasaran tunai yang positif.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh data keyakinan pengguna AS yang lemah telah menjejaskan mata wang AS.
27hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), hari ini melancarkan Rangka Kerja Kewangan Islam Mampan, sekali gus mencatat tiga pencapaian penting di peringkat nasional.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang udara yang diukur berdasarkan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), susut 2.2 peratus tahun ke tahun pada Mei 2026, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
27hari ago
JAKARTA, 30 Jun (Bernama) -- Para pemegang saham Maybank Indonesia telah meluluskan penubuhan bank itu sebagai syarikat induk operasi Konglomerat Kewangan Maybank di Indonesia.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana walaupun pasaran emas COMEX AS mencatatkan kenaikan.