BERITA TERKINI   Penambahbaikan kawalan keselamatan di KLIA, pintu masuk antarabangsa libatkan pembangunan teknologi, transformasi sistem - KDN & MOT | Saringan dadah terhadap personel penerbangan antara enam tindakan yang diberi keutamaan, perkukuh kawalan keselamatan sedia ada - KDN & MOT | Kabinet lulus 17 syor penambahbaikan perkukuh kawalan keselamatan di KLIA dan pintu-pintu masuk antarabangsa - KDN & MOT | KPT akan tubuh satu jawatankuasa bebas, kaji dan teliti penggubalan akta baharu gantikan AUKU - Zambry | Jangan ubah perolehan Rejimen Gerak Khas demi kepentingan pihak tertentu, perlu ikut keperluan operasi - Pemangku Sultan Johor | 

Terdapat 622 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor"

Bursa Malaysia Dijangka Catat Aliran Meningkat, Sasar Paras 1,700 Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka meneruskan peningkatan dan menguji paras psikologi 1,700 mata minggu depan, disokong oleh kenaikan semula lebih tinggi pada Jumaat serta pembelian berterusan oleh pelabur institusi tempatan.

Pasaran Getah Meningkat Semula Susulan Kenaikan Pasaran Niaga Hadapan Getah Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan kebimbangan terhadap potensi gangguan bekalan berikutan hujan lebat di Thailand dan amaran ribut tropika.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Kenaikan Semula Saham Perbankan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat susulan kenaikan semula saham perbankan ketika sentimen pelabur bertambah baik berikutan data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah daripada jangkaan.

Ekonomi Pulau Pinang Kukuh, KDNK Naik 7.3 Peratus Kepada RM130.3 Bilion Pada 2025

GEORGE TOWN, 3 Julai (Bernama) -- Ekonomi Pulau Pinang berkembang 7.3 peratus pada 2025 dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat kepada RM130.3 bilion berbanding RM121.4 bilion pada tahun sebelumnya, disokong prestasi kukuh sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Bursa Malaysia Terus Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada tengah hari, menjejaki peningkatan dalam kebanyakan pasaran serantau berikutan minat belian yang berterusan terhadap saham wajaran tinggi yang terus menyokong pasaran.

Eckem Jangka Permintaan Kukuh Terhadap Bahan Kimia Industrinya Disokong Pertumbuhan Pesat Pusat Data

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Eckem Holdings Bhd menjangka permintaan terhadap bahan kimia industri khususnya kekal berdaya tahan, disokong oleh pertumbuhan pesat pusat data yang dipacu kecerdasan buatan (AI).

Pengiktirafan Belanda Terhadap MSPO Perkukuh Kesiapsiagaan Sawit Hadapi EUDR - Noraini

PUTRAJAYA, 3 Julai (Bernama) -- Penerimaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) oleh Netherlands Food and Consumer Product Safety Authority (NVWA) sebagai Private Control System di bawah kerangka pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) mengukuhkan kesiapsiagaan industri sawit negara dalam memenuhi keperluan pasaran Kesatuan Eropah.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Kenaikan Saham Pengguna

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun petunjuk bercampur-campur daripada Wall Street semalaman, disokong oleh saham pengguna berikutan penurunan harga minyak mentah mendorong jangkaan tekanan inflasi akan berkurangan, kata peniaga.

Pengukuhan Ringgit Dorong Eksport Malaysia Lebih Kompetitif Di Pasaran Luar Negara - MITI

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pengukuhan ringgit tidak menjejaskan prestasi perdagangan negara kerana sebahagian besar industri eksport Malaysia turut bergantung kepada input yang diimport, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Untuk Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kekuatan dalam saham telekomunikasi dan peningkatan semula di kaunter perbankan wajaran tinggi yang mengekalkan indeks penanda aras dalam lingkungan positif walaupun sentimen pasaran secara keseluruhan dalam mod berhati-hati.

IPPFA Kekalkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Malaysia Pada 4.6 Peratus

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- IPP Financial Advisers (IPPFA) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia pada 4.6 peratus meskipun dalam senario ketidaktentuan global.

KDNK Sabah Naik 5.1 Peratus, Nilai KDNK Cecah RM88.8 Bilion

KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) -- Sabah berjaya mencatatkan prestasi ekonomi lebih kukuh pada 2025 apabila keluaran dalam negeri kasar (KDNK) negeri berkembang sebanyak 5.1 peratus berbanding 1.2 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).