BERITA TERKINI   PH sambut baik keterbukaan BN berhubung agihan kerusi hadapi PRN Melaka - Fahmi | 

Terdapat 1003 berita berdasarkan kata kunci carian " pr"

Perbelanjaan Pengguna Malaysia Dijangka Meningkat Pada 2026 - BMI

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka meningkat pada 2026, disokong oleh pertumbuhan ekonomi dan prospek pekerjaan yang stabil, menurut BMI, sebuah syarikat di bawah Fitch Solutions.

CIMB Securities Kekal Saranan 'Neutral' Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

Johor Sedia Hasil Robot Pembersihan AI Buatan Tempatan

KULAI, 16 Julai (Bernama) -- Johor bakal menjadi lokasi pengeluaran robot pembersihan berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama oleh syarikat tempatan menerusi kerjasama pemindahan teknologi dengan syarikat dari China.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, disokong pembelian berterusan terhadap saham berwajaran tinggi dan saham bermodal sederhana.

Projek Pusat Data: Kerajaan Jamin Kelulusan Jika Bekalan Tenaga, Air Mencukupi - MITI

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan hanya akan meluluskan projek pusat data selepas memastikan kapasiti bekalan tenaga dan air mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat dan industri tempatan.

Pelaburan KWAP Dalam eFishery Terjejas Akibat Penipuan Terancang, Pemulihan Dana Sedang Diuruskan - MOF

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam eFishery merupakan satu penipuan terancang, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Peningkatan Wall Street

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih untuk dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan Wall Street semalaman susulan tekanan inflasi di Amerika Syarikat (AS) yang semakin reda meningkatkan sentimen pelabur ke atas aset berisiko.

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini - MoF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Kerajaan Lunas Bayaran Balik Lebihan Cukai RM14.7 Bilion Sehingga 30 Jun 2026 - MoF

KUALA LUMPUR, Julai 15 (Bernama) -- Kerajaan telah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.7 bilion melibatkan 3.17 juta kes pembayar cukai sehingga 30 Jun 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

Hutang Statutori Kerajaan Persekutuan Kekal Di Bawah Had 65 Peratus Setakat Mac 2026 – MoF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Hutang statutori Kerajaan Persekutuan berada pada paras 61.9 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KNDK) sehingga akhir Mac 2026, iaitu masih di bawah had 65 peratus, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Niaga Hadapan MSM Melemah Susulan Lonjakan Dalam Bekalan Minyak Sawit

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini susulan kebimbangan terhadap lonjakan dalam pengeluaran dan inventori minyak sawit di Malaysia.

SD Guthrie Jual Tanah Di Kuala Selangor Pada RM798.31 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- SD Guthrie Bhd memeterai dua perjanjian jual dan beli (SPA) bersyarat untuk menjual tanah pegangan bebas di Kuala Selangor pada harga RM798.31 juta.