14hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat apabila pelabur terus mengumpul pegangan saham mewah sejajar dengan prestasi lebih kukuh di kebanyakan pasaran serantau.
14hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kelemahan data ekonomi negara maju itu yang di luar jangkaan.
14hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines enggan mengulas mengenai penahanan seorang juruterbangnya oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terlibat dalam kes berkaitan dadah, namun menegaskan syarikat penerbangan itu memandang serius dakwaan sedemikian.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Jumaat, disokong aktiviti belian susulan prestasi kukuh kebanyakan pasaran serantau.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan data ekonomi AS yang lebih lemah daripada jangkaan menjejaskan mata wang negara itu, kata seorang penganalisis.
15hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang serantau dan mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, berikutan keputusan terkini Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) yang mengekalkan kadar faedah semasa.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain Gulf Air (GP Bahrain) di Malaysia, selaku tuan rumah, berpotensi menjadi pemangkin utama ekonomi dengan merangsang pelbagai sektor melalui perbelanjaan lebih tinggi oleh pengunjung domestik dan antarabangsa.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disokong kelemahan dolar AS selepas Rizab Persekutuan (Fed) mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat terbaharu Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).
16hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kembali meningkat untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan harga minyak mentah di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
16hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pelabur menangguhkan aktiviti dagangan sementara menjelang keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS.
16hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu apabila peningkatan bekalan bahan mentah di Thailand menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang peniaga.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran menerima rangsangan daripada kenyataan positif Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour semalam dan jangkaan perubahan dasar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).