Terdapat 1525 berita berdasarkan kata kunci carian " "

Ringgit Dijangka Mengukuh Minggu Depan Susulan Petunjuk Belanjawan 2027

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, diniagakan dalam julat RM4.07 hingga RM4.08 ketika pasaran memberi reaksi terhadap Belanjawan 2027 bagi mendapatkan petunjuk terhadap prospek ekonomi Malaysia.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Julat US$4,160 Hingga US$4,180 Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat US$4,160 hingga US$4,180 setiap auns troy minggu depan, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Mencatatkan Trend Penurunan Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mencatatkan aliran penurunan minggu hadapan berikutan aktiviti pengambilan untung.

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Minggu Hadapan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka meningkat pada minggu depan, di tengah-tengah kekangan bekalan di kawasan pengeluar getah menjelang musim tengkujuh.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Meningkat Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat secara berhati-hati minggu depan, disokong oleh penilaian saham yang lebih menarik dan berpotensi mendorong aktiviti pembelian terpilih ketika harga rendah, meskipun sentimen pelabur masih rapuh.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,600-1,630 Mata Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran 1,600 hingga 1,630 mata pada minggu depan, dengan kecenderungan meningkat dalam dagangan berhati-hati didorong oleh pembelian saham mewah terpilih.

Pengurangan Cukai PKS Beri Penjimatan Sehingga RM6,000 -- Samenta

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyambut baik pengumuman pengurangan cukai pendapatan korporat sebanyak satu peratus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di dalam Belanjawan 2027.

Peruntukan Tambahan RM5 Bln SME SRF BNM Akan Memanfaatkan 9,000 PKS

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Peruntukan tambahan sebanyak RM5 bilion oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk Kemudahan Bantuan Penstabilan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME SRF) dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 9,000 lagi PKS, termasuk perusahaan mikro, dengan menyediakan akses kepada modal kerja mampu milik.

Belanjawan MADANI 2027 Penuhi Keperluan Segenap Lapisan Masyarakat, Capai Kehidupan Saksama

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Meskipun dalam keadaan landskap global yang mencabar, Belanjawan 2027 jelas menyediakan bahagian yang adil dan saksama untuk segenap lapisan masyarakat, kerana kerajaan amat memahami cabaran yang dihadapi rakyat dalam mengharungi kehidupan seharian mereka.

Belanjawan 2027 Salur Semula Penjimatan Kepada Rakyat, Perniagaan – PwC Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 dijangka menyalurkan semula hasil penjimatan daripada pembaharuan subsidi bersasar dan kutipan hasil yang lebih kukuh kepada rakyat dan perniagaan selain mengekalkan disiplin fiskal, menurut PwC Malaysia.

Belanjawan 2027 Perkukuh Akses Pembiayaan, Tingkat Peluang Perolehan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pengumuman peningkatan nilai perolehan Kerajaan yang dikhususkan kepada kontraktor bumiputera G1 hingga G4 merupakan langkah penting dalam memperluas peluang penyertaan syarikat bumiputera dalam rantaian nilai ekonomi negara.

Belanjawan 2027 Perkukuh Keupayaan Syarikat Malaysia, Luaskan Jangkauan Pasaran -- CEO Bursa

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 akan membolehkan syarikat-syarikat Malaysia membina keupayaan, meluaskan jangkauan pasaran mereka serta merebut peluang yang lebih besar, kata Bursa Malaysia Bhd.