14hari ago
Daripada Siti Fauziah Hasan
QINZHOU (China) 16 Sept (Bernama) -- Terusan Pinglu, projek utama Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu, dibuka secara rasmi untuk pelayaran hari ini, sekali gus mewujudkan koridor pengangkutan air baharu yang menghubungkan barat daya China dengan ASEAN dan pasaran antarabangsa.
14hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 16 Sept (Bernama) -- Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan purata tahunan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.3 peratus bagi tempoh 2026 hingga 2035, menurut laporan bertajuk “From Tailwinds to Trade-Offs: Southeast Asia Outlook 2026-2035” yang dikeluarkan hari ini.
15hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Ringgit susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang bermula malam ini, kata penganalisis.
15hari ago
Daripada Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
MALÉ (MALDIVES), 15 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Maldives bersetuju untuk memulakan rundingan bagi Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA), langkah yang dijangka mewujudkan peluang baharu kepada sektor perniagaan dan meningkatkan lagi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
15hari ago
SERI KEMBANGAN, 15 Sept (Bernama) -- Acara Malaysia International Automotive & Parts Expo (MIAPEX) 2026 pada bulan depan, disasar menjana jualan kira-kira RM12 juta menerusi sesi perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan perniagaan kepada pengguna (B2C) yang kukuh.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Butterfield FB Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dibuka lima sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa, dalam sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat bank-bank pusat utama yang dijadualkan minggu ini, kata seorang ahli ekonomi.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding tempoh sedekad lepas selepas kerajaan melaksanakan beberapa keputusan fiskal penting, termasuk penyasaran semula subsidi serta tumpuan kepada pembangunan ekonomi.
16hari ago
Daripada R.Ratcharathan
KERALAM (INDIA), 14 Sept (Bernama) -- Penglibatan Malaysia dalam BRICS bukan bertujuan untuk menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memperjuangkan sistem dan peraturan antarabangsa yang lebih adil.
16hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dan ASEAN ketika ditutup pada Isnin, namun susut berbanding dolar AS.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu memastikan pertumbuhan pesat industri pusat data memberi limpahan ekonomi yang nyata dan boleh diukur kepada ekonomi lebih luas, termasuk memperkukuh perniagaan tempatan, meningkatkan keupayaan tempatan serta mewujudkan peluang sebenar kepada rakyat.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 15 hingga 16 September ini.