BERITA TERKINI   TuJu diminta segera menambah baik prestasi aplikasi navigasi bagi meningkatkan keyakinan pengguna – Teo | Seorang lelaki maut dipercayai tertimbus tanah berhampiran tangki air Taman Kedidi, Pasir Gudang pagi tadi - Bomba | Semua institusi pendidikan di Johor kembali beroperasi Isnin ini susulan trend penurunan bacaan IPU sejak lima hari lepas – Exco | Kenaikan harga petrol dunia: kerajaan sedia tanggung subsidi hingga RM45 bilion setahun, elak rakyat terbeban - PM Anwar | 

Terdapat 420 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia"

Unit Jati Tinggi Peroleh Kontrak Bernilai RM30.10 Juta Bagi Kerja Pusat Data Di Johor

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jati Tinggi Holding Sdn Bhd (JTHSB) iaitu anak syarikat milik penuh Jati Tinggi Group Bhd menerima surat lantikan (LOA) bernilai RM30.1 juta bagi kerja-kerja kontrak sebagai kontraktor utama bagi sebuah pusat data di Kulai, Johor. 

Unit MMAG Jual Pesawat Boeing B737-400SF Pada Harga US$2.8 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) --  MMAG Holdings Bhd (MMAG) melalui anak syarikat tidak langsungnya, MJets Air Sdn Bhd, menjual sebuah pesawat Boeing B737-400SF kepada Mont Gabanon Airlines (MGA) dengan harga tunai US$2.8 juta.

Unit GDB Peroleh Subkontrak Bernilai RM118.99 Juta Bagi Program Ramalan Banjir Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh GDB Holdings Bhd (GDB), GDB Infra Sdn Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM118.99 juta bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 3 di Sarawak.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran tunai.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saham Perbankan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan penyusutan dan ditutup di bawah paras sokongan 1,600 pada hari ini ketika jualan ketara pelabur asing memberi tekanan terhadap saham wajaran tinggi sektor perbankan, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi hari ini.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal, Jejaki Penyusutan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menyusut pada awal dagangan Isnin, menjejaki penurunan di Wall Street pada Jumaat lepas di tengah-tengah aktiviti penjualan saham berkaitan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) secara besar-besaran.

Zetrix AI Tarik Balik Dividen Interim 0.25 Sen Untuk Kekalkan Modal Kerja

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd menarik balik pengisytiharan dividen interim pertama sebanyak 0.25 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2026 yang diumumkan pada 24 Ogos 2026.

AiSEM@Selangor 2026 Sasar Enam Firma Semikonduktor Untuk IPO Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor 2026 (AiSEM@Selangor), merupakan salah satu komponen utama dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026.

Bursa Malaysia Dijangka Diniaga Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati pada minggu hadapan, dengan para pelabur mengambil sikap yang terkawal dan membina dalam mendepani perkembangan domestik, dalam persekitaran ketidakpastian luaran serta sentimen pasaran serantau yang berbeza.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Didagangkan Rendah Minggu Hadapan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan rendah pada pembetulan teknikal antara RM4,100 hingga RM4,200 satu tan.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan US$4,115 Hingga US$4,315 Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat US$4,115 hingga US$4,315 setiap auns troy pada minggu depan apabila peniaga beralih daripada aset selamat tradisional itu.