Terdapat 884 berita berdasarkan kata kunci carian " e"

F1 Kembali Ke Sepang, Hidupkan Semula Nostalgia Dunia Perlumbaan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Walaupun perlumbaan Formula Satu (F1) hanya akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini, keterujaan terhadap kemunculan semula Malaysia dalam kalendar perlumbaan itu sudah mula dirasai di platform media sosial.

Gabenor Bank Indonesia Perry Warjiyo Letak Jawatan, Destry Damayanti Jadi Pemangku Gabenor

JAKARTA, 27 Julai (Bernama) -- Gabenor Bank Indonesia (BI) Perry Warjiyo telah menyerahkan surat peletakan jawatannya manakala Timbalan Gabenor Kanan Destry Damayanti akan mengambil alih jawatan secara automatik sebagai Pemangku Gabenor selaras dengan peruntukan Undang-Undang BI.

RUU Statistik 2026 Dijangka Diwartakan Hujung Tahun - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 dijangka diwartakan hujung tahun ini selepas melalui proses pentadbiran susulan kelulusannya di Parlimen, kata Menteri Ekonomi  Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

AMRO Naikkan Unjuran Pertumbuhan Malaysia Kepada 4.9 Peratus Bagi 2026 Susulan Eksport Dipacu AI

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 27 Julai (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus bagi 2026 berbanding unjuran awal 4.6 peratus, didorong permintaan kukuh berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Cerminkan Prestasi Serantau Yang Positif

Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada tengah hari, mencerminkan prestasi serantau yang positif.

Kementerian Ekonomi Catat Prestasi Perbelanjaan Pembangunan Keempat Terbaik Dalam Kalangan Kementerian

PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Kementerian Ekonomi mencatatkan prestasi perbelanjaan pembangunan keempat terbaik dalam kalangan kementerian setakat 21 Julai selepas membelanjakan RM1.214 bilion atau 57.42 peratus daripada peruntukan pembangunan asal sebanyak RM2.115 bilion bagi 2026.

MyCEB Raih 416 Acara Perniagaan  Bagi 2026-2030 Dengan Anggaran Impak Ekonomi RM3.98 Bilion

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) berjaya memperoleh 416 acara perniagaan yang diadakan bermula 2026 sehingga 2030, dengan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM3.98 bilion setakat 30 Jun 2026.

Malaysia Pada Landasan Tepat Capai Sasaran 12 Ekonomi Paling Berdaya Saing Dunia - Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.

SBM Offshore Perkukuh Peranan Malaysia Dalam Projek Tenaga Luar Pesisir Global

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam rantaian nilai tenaga luar pesisir global apabila pasukan kejuruteraan dan teknikal tempatan kini diberi tanggungjawab yang semakin kompleks dalam pelaksanaan projek di peringkat antarabangsa.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Ketegangan Di Asia Barat Mereda

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Isnin berikutan ketegangan di Asia Barat yang mereda telah meningkatkan sentimen pasaran selepas Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara serangan udara pada hujung minggu lepas.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang PRN N.Sembilan

Oleh Karina Imran & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen domestik yang positif menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tetapi pendekatan pelabur berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) mengehadkan kenaikannya.