BERITA TERKINI   Piala FA: Star City 1-4 Selangor FC | Anthony Loke tawar diri letak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan | 

Terdapat 406 berita berdasarkan kata kunci carian " kontrak"

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Selasa. 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil keuntungan dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih berikutan ketiadaan petunjuk daripada Wall Street susulan cuti Hari Buruh di Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Mentah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, disokong harga minyak mentah yang lebih kukuh serta kenaikan niaga hadapan minyak sawit olein di Bursa Komoditi Dalian (DCE), China.

Usaha Sama Unit MNHB Dengan Pembinaan Tajri Peroleh Kontrak Pemasangan Kabel TNB

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Unit milik penuh MN Holdings Bhd (MNHB), MN Utilities Engineering Sdn Bhd (MNUE) dan Pembinaan Tajri Sdn Bhd (PTSB) memperoleh kontrak pemasangan kabel 275 kilovolt (kV) baharu daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

P.A. Resources Raih Kemudahan Perbankan RM255.45 Juta Bagi Modal Kerja, Kilang Baharu

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- P.A. Resources Bhd (PARB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, menerima kemudahan perbankan tambahan berjumlah RM255.45 juta bagi menyokong operasi sedia ada kumpulan serta pembangunan kilang baharu.

CBH Engineering Peroleh Kontrak RM88.05 Juta Bina 'Consumer Landing Station' 275kV

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- CBH Engineering Holding Bhd (CBH) memperoleh kontrak bernilai RM88.05 juta untuk mereka bentuk dan membina consumer landing station (CLS) 275kV bagi pusat data di Selangor.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah Menjejaki COMEX AS

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini menjejaki prestasi niaga hadapan emas yang lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin.

Vestland Raih Projek Tembok Dwifungsi Bernilai RM263.73 Juta Di Kelantan

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Vestland Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Vestland Infra Sdn Bhd, menerima surat lantikan daripada Johnson Fluid Engineering Sdn Bhd untuk projek tembok dwifungsi bernilai RM263.73 juta di Kelantan.

PSC Tanjung Enim Globaltec Formation Diluluskan Sebagai Projek Strategik Nasional Indonesia

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Globaltec Formation Bhd (GFB) melalui anak syarikat tenaga bersih milik 70 peratusnya, NuEnergy Gas Ltd, mengumumkan kerajaan Indonesia telah meluluskan pembangunan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Tanjung Enim milik NuEnergy sebagai projek strategik nasional Indonesia.

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal pada Isnin.