Terdapat 537 berita berdasarkan kata kunci carian " operasi"

Pelabuhan Bintulu Kini Di Bawah Bidang Kuasa Kerajaan Negeri, Berkuat Kuasa 1 September 2026

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Berkuat kuasa 1 September 2026, Pelabuhan Bintulu secara rasminya menjadi pelabuhan negeri iaitu di bawah bidang kuasa kerajaan Sarawak, daripada kedudukan asalnya sebagai pelabuhan persekutuan.

FGV Lantik Firma Audit Bebas Perkukuh Tadbir Urus Kumpulan

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FGV Holdings Bhd (FGV) melantik sebuah firma audit bebas bagi menjalankan forensik audit berhubung perkara-perkara khusus melibatkan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan kumpulan.

Pasukan Petugas Pusat Data Terima Lebih 40 Permohonan Pada 2026 - MITI

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) – Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) telah menerima lebih daripada 40 permohonan untuk menubuhkan atau mengembangkan operasi pusat data di Malaysia tahun ini, mencerminkan minat pelaburan yang berterusan dalam industri infrastruktur digital negara.

Semua Kru Operasi AirAsia Didapati Negatif Dadah

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Semua kru operasi aktif AirAsia Malaysia dan AirAsia X Malaysia didapati negatif dadah selepas saringan yang dijalankan sebagai sebahagian daripada protokol kesihatan dan keselamatan syarikat penerbangan itu.

MRCA Cadang Dasar E-Dagang Rentas Sempadan Lebih Ketat Dalam Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA) telah mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan dasar lebih ketat dan menyelaraskan surcaj ke atas urus niaga e-dagang rentas sempadan, termasuk penguatkuasaan cukai jualan lebih tegas terhadap barangan bernilai rendah bagi menjamin hasil negara.

United Asiapac Energy Sasar Perluas Perkhidmatan Intervensi Telaga Minyak, Gas

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) yang berpangkalan di Sarawak, United Asiapac Energy Bhd berhasrat memperluas lagi perniagaan perkhidmatan intervensi telaga minyak dan gas di Malaysia Timur susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.

Segula Technologies Sasar Malaysia Sebagai Hab Kejuruteraan Asia Tenggara

Daripada Saraswathi Muniappan

NEW DELHI, 12 Sept (Bernama) -- Segula Technologies India Pvt Ltd meneruskan perancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab rantaunya bagi Asia Tenggara susulan perbincangan yang berhasil dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara India.

AWL Komited Import Minyak Sawit Dari Malaysia, Teroka Peluang Eksport Barangan Pengguna Berjenama

Daripada Saraswathi Muniappan

NEW DELHI, 12 Sept (Bernama) -- AWL Agri Business Ltd komited untuk terus mendapatkan sebahagian besar bekalan minyak sawitnya dari Malaysia dan sedang meneroka peluang untuk memperluas eksport barangan pengguna berjenama ke pasaran negara.

MAHB Jangka Tiga Lagi Syarikat Asing Mula Penerbangan Ke KL Menjelang Akhir 2026

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan sebanyak tiga lagi syarikat antarabangsa memulakan perkhidmatan penerbangan ke sini menjelang akhir tahun ini.

RMS Lancar MyARX Perkukuh Transformasi Digital Ar-Rahnu X’Change

GEORGE TOWN, 12 Sept (Bernama) -- Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS), subsidiari milik penuh Bank Rakyat, melancarkan aplikasi mudah alih MyARX sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh transformasi digital perkhidmatan Ar-Rahnu X’Change.

IHH Healthcare Alami Kerugian Susulan Lewat Dapat Kelulusan Ambil Alih Fortis

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- IHH Healthcare Bhd mengalami kerugian berikutan kelewatan mendapatkan kelulusan yang diperlukan bagi tawaran pengambilalihan mandatori (MTO) untuk mengambil alih Fortis Healthcare Ltd (Fortis).

Duopharma Biotech Sahkan Serangan Siber Terhadap Infrastruktur IT

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Duopharma Biotech Bhd menjadi mangsa serangan siber yang melibatkan akses tanpa kebenaran ke dalam infrastruktur teknologi maklumat (IT) syarikat.