10hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan berikutan pelabur terus memantau perkembangan rundingan nuklear antara Amerika Syarikat dan Iran serta menilai sama ada perjanjian damai yang diumumkan baru-baru ini berkekalan.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Vestland Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Vestland Infra Sdn Bhd (VISB), menerima surat lantikan (LOA) daripada Scanwolf Trading & Construction Sdn Bhd (STCSB) untuk kontrak kerja bernilai RM65 juta.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd kekal positif terhadap prospek eksport Malaysia bagi 2026, disokong oleh permintaan luar yang berdaya tahan dan momentum berterusan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang dipacu oleh kitaran naik teknologi dan pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Peningkatan Malaysia pada kedudukan ke-15 dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) mencerminkan usaha pembaharuan yang berterusan dan penyelarasan yang lebih erat antara sektor awam serta swasta, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam saham-saham berkaitan indeks, meskipun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kekal optimis terhadap prospeknya bagi separuh kedua 2026, didorong oleh pertumbuhan permintaan global yang mampan bagi sarung tangan, asas penawaran dan permintaan industri yang baik serta peningkatan kecekapan operasi.
12hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup sedikit lebih tinggi, disokong oleh minat belian yang kukuh dalam kaunter berkaitan pengguna, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Sunway Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Bhd, telah menerima arahan perubahan permintaan perkhidmatan projek bagi pembinaan dan menyiapkan pencawang untuk dua projek pusat data di Johor.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun prestasi semalaman Wall Street lemah.
13hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Agrobank menyasarkan untuk mewujudkan pengaturan pemudahan perdagangan dan penyelesaian pembayaran yang menghubungkan Malaysia dan Uzbekistan serta rantau Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS) dengan lebih meluas menjelang akhir tahun.
14hari ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Uzbekistan menyatakan minat untuk memperkukuh hubungan pelaburan dan perniagaan dengan Malaysia serta negara-negara ASEAN, khususnya dalam sektor industri bernilai tambah tinggi, pembuatan dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi positif dalam pendasar pasaran tunai.