3hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak mentah dan minyak sayuran yang lebih kukuh.
3hari ago
PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Iskandar Malaysia merekodkan pelaburan terkumpul berjumlah RM525.26 bilion sejak penubuhannya 20 tahun lepas dan kini memberi tumpuan kepada pelaburan bernilai tinggi serta pengukuhan ekosistem ekonomi serantau.
3hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) --Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan penjualan besar-besaran pada Isnin, walaupun indek itu gagal melepasi paras 1,600, kata seorang penganalisis.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Ekosistem syarikat pemula niaga Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, mencerminkan nilai syarikat tempatan yang meningkat dan memperkukuh aspirasi negara untuk menjadi hab syarikat pemula niaga global yang terkemuka menjelang 2030.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Cadangan Malaysia untuk memberi pengecualian cukai eksport minyak sawit mentah (MSM) sebanyak 10 peratus pada November dilihat sebagai langkah tepat bagi mengatasi lebihan bekalan dan meningkatkan daya saing eksport, menurut Public Investment Bank Bhd (PIVB).
3hari ago
PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) perlu dimanfaatkan sebagai rujukan penting dalam menilai kecukupan pendapatan isi rumah selain merangka intervensi ekonomi lebih bersasar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) menyambut baik mandat bernilai kira-kira RM2.8 bilion yang diterima melalui Belanjawan 2027 bagi memperkasa perusahaan Malaysia merentasi tujuh sektor keutamaan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- SKA Capital Bhd, penyedia penyelesaian kejuruteraan infrastruktur tenaga, menyasarkan kutipan RM72.3 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) bagi memperkukuh keupayaan melaksanakan beberapa projek secara serentak serta membida kontrak infrastruktur tenaga yang lebih besar dan bernilai tinggi.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menerajui peralihan ke arah penggunaan kewangan Islam yang lebih meluas untuk memacu pelaburan rentas sempadan, disokong oleh hubungan yang kukuh dengan pasaran sedang pesat membangun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pembangunan KLIA Aeropolis berkeluasan 3,454 hektar di Sepang dijangka menarik lebih banyak industri berkaitan penerbangan, operator logistik, hotel dan pusat data dalam tempoh 10 tahun akan datang, menurut Juwai IQI.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi walaupun prestasi pasaran secara meluas adalah lemah.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Lonjakan harga minyak terus menyokong eksport produk petroleum dan gas asli cecair (LNG) Malaysia, sekali gus meningkatkan pendapatan eksport, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGSI).