5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd mencatatkan untung bersih lebih tinggi kepada RM32.80 juta pada suku kedua berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM18.29 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, didorong oleh keuntungan operasi yang lebih tinggi.
6hari ago
SHAH ALAM, 12 Nov (Bernama) -- Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjaya mencatatkan pendapatan keseluruhan sebanyak RM3.12 juta tahun ini, melebihi sasaran jualan RM2 juta seperti yang ditetapkan.
6hari ago
BATU KAWAN, 12 Nov (Bernama) -- Syarikat peneraju dalam bidang sains hayat dari Jerman, Eppendorf SE (Eppendorf) mengukuhkan kehadirannya di Asia Pasifik dengan membina kemudahan pengeluaran pertamanya di Asia Tenggara iaitu di Pulau Pinang, bertujuan mendekatkan lagi aktiviti tersebut kepada pelanggan di rantau itu.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan dijangka melancarkan Pelan Hala Tuju Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) pada hujung bulan ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Mereka yang memperjuangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya menyarankan supaya beban cukai dipindahkan daripada sektor perniagaan dan pengeksport kepada rakyat secara menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pinjaman baharu di bawah Kerajaan MADANI adalah untuk membiayai pembangunan negara, termasuk sekolah, hospital, jalan raya serta bekalan air dan elektrik.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pembukaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal membawa kelegaan besar buat penduduk di wilayah berkenaan memandangkan perkhidmatan rel moden ini mampu memendekkan tempoh perjalanan antara Kelantan, Terengganu, dan Pahang menuju ke Lembah Klang berbanding kaedah pengangkutan darat sedia ada.
6hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup ketara lebih tinggi pada Rabu, disokong kenaikan harga minyak soya dan minyak mentah, kata seorang peniaga.
6hari ago
KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Pengembangan mampan ekonomi Malaysia yang dicerminkan menerusi pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada separuh pertama 2026, memperlihatkan kejayaan pembaharuan ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia melonjak tujuh anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 70 ekonomi dalam IMD World Digital and AI Ranking (WDAIR) 2026 daripada tangga ke-34 pada tahun lepas, sekali gus muncul sebagai negara kedua terbaik di ASEAN selepas Singapura.
6hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan penurunannya dan ditutup rendah pada Rabu apabila jualan berterusan dalam saham perbankan berwajaran tinggi telah menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu meningkatkan skala perniagaan dan produktiviti bagi menjana pendapatan dan mewujudkan permintaan terhadap pekerja lebih berkemahiran dan menawarkan gaji lumayan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.