Terdapat 744 berita berdasarkan kata kunci carian "mbi"

Kos Lebuhraya Bertingkat BSE Dianggarkan RM1.75 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Lebuhraya bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan (BSE) sepanjang 8.2 kilometer yang dicadangkan dianggarkan menelan belanja RM1.75 bilion, tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan, dan tempoh pembinaan selama empat tahun, menurut Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital).

Techna-X Lantik Tunku Kamariah Sebagai Timbalan Pengerusi

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Techna-X Bhd melantik Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar sebagai Pengarah Eksekutif dan Timbalan Pengerusinya, berkuat kuasa hari ini. 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis walaupun pasaran tunai mencatat prestasi yang lebih lemah.

PM Anwar Akan Bertemu Modi, Putin Semasa Lawatan Kerja Hadiri Sidang Kemuncak BRICS Di India

Daripada Saraswathi Muniappan

NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari India Narendra Modi serta Presiden Rusia Vladimir Putin semasa lawatan ke negara ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 pada hujung minggu ini di New Delhi.

RHB IB Unjur Peruntukan Belanjawan 2027 Kerajaan Persekutuan Pada RM437.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengunjurkan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Belanjawan 2027 adalah sebanyak RM437.8 bilion.

AME Elite Peroleh 71.4 Hektar Tanah Di Johor Berharga RM199.84 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- AME Elite Consortium Bhd, menerusi dua anak syarikat milik penuhnya, akan memperoleh 28 bidang tanah pegangan bebas berkeluasan 71.4 hektar di Pontian, Johor, dengan nilai keseluruhan RM199.84 juta.

Bank Islam Peruntuk RM6 Juta Setahun Biayai Pendidikan, Usahawan

KOTA BHARU, 10 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad memperuntukkan RM6 juta setahun menerusi Program Sadaqa House bagi membiayai pelbagai inisiatif pendidikan dan pembangunan usahawan di seluruh negara.

Alam Maritim Beroperasi Seperti Biasa, CEO Berdepan Dakwaan Tipu Kadar Sewaan Kapal

KUALA LUMPUR, 10 Sept (BERNAMA) -- Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad diarahkan bercuti, sementara syarikat itu memberi jaminan ia beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketegangan Konflik Asia Barat Jejas Sentimen

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi pasaran serantau lain apabila ketegangan yang memuncak di Asia Barat serta harga minyak tinggi telah menjejaskan sentimen.

Pembaharuan Pembiayaan Mesti Seiring Peningkatan Keperluan Penjagaan Kesihatan -- Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pembaharuan pembiayaan mesti seiring dengan peningkatan keperluan penjagaan kesihatan serta menyediakan akses penjagaan kesihatan yang mampu dibiayai sepanjang hayat, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.

SLGC Sasar Raih RM29.4 Juta Melalui IPO, Bakal Disenarai Di ACE Market

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan pembinaan SLGC Bhd menyasarkan untuk meraih RM29.4 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6 Okt ini.

YPU Sedia Hab Digital Niaga Perkukuh Pemasaran Usahawan Tempatan

KUALA TERENGGANU, 10 Sept (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mengambil inisiatif menyediakan Hab Digital Niaga Terengganu bagi memperkukuh keupayaan usahawan tempatan serta memperluas pemasaran produk mereka menerusi platform digital.