2hari ago
PETALING JAYA, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia menjangkakan kira-kira sembilan gigawatt (GW) kapasiti kuasa gas akan digunakan menjelang 2032, bagi menampung permintaan elektrik yang semakin meningkat di samping menamatkan penjanaan arang batu secara berperingkat.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada dagangan tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dan sentimen terhadap aset berisiko yang semakin lemah.
2hari ago
KUANTAN, 8 Sept (Bernama) -- Wilayah Pantai Timur berpotensi besar menjadi hab utama bagi pemerkasaan keterjaminan makanan negara serta peneraju ekonomi hijau menerusi pemanfaatan tenaga boleh baharu (TBB).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- AirAsia menyambung semula penerbangan ke dan dari destinasi yang terjejas akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau berikutan pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkukuhkan peraturan yang mengawal selia pembuatan dan eksport sarung tangan getah bagi menangani lebihan kapasiti industri sambil meningkatkan kebolehjejakan sarung tangan buatan Malaysia.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Syarikat tempatan tanpa mengira saiz perlu segera melaksanakan automasi bertujuan memudahkan operasi dan pengeluaran tanpa bergantung sepenuhnya kepada pekerja asing, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
2hari ago
PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti usaha bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan memastikan sektor agrikomoditi terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil keuntungan dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih berikutan ketiadaan petunjuk daripada Wall Street susulan cuti Hari Buruh di Amerika Syarikat (AS).
2hari ago
PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Sokongan kepada pekebun kecil perlu bergerak seiring dengan usaha memperkukuh keseluruhan rantaian nilai agrikomoditi untuk memastikan pertumbuhan industri turut memberi manfaat kepada golongan itu, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Maxis baru-baru ini melaksanakan teknologi pengangkutan optik Nokia sekali gus memperkukuh infrastruktur rangkaian di seluruh negara dan rentas sempadan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kecerdasan buatan (AI) serta kesalinghubungan perusahaan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pelabur terus berhati-hati susulan konflik yang berlarutan di Asia Barat, yang terus mendorong kenaikan harga minyak mentah dan menyokong mata wang unit negara maju.