1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 dengan mata indeks mengalami kenaikan kepada 137.1 daripada 134.4 berbanding tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) dengan mengenal pasti 83 projek pelaburan menerusi lapan industri keutamaan yang dijangka menjana pelaburan bernilai RM167.4 bilion.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Sunway Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Bhd, telah menerima arahan perubahan permintaan perkhidmatan projek bagi pembinaan dan menyiapkan pencawang untuk dua projek pusat data di Johor.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP) bukan sekadar pelan pembangunan ekonomi, malah menjadi pemangkin utama kepada agenda Maju Johor 2030, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian siap guna, Sum Technology Holdings Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, merancang untuk memperkukuh operasinya di Malaysia dan Filipina.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd akan terus memajukan Sistem Kesihatan KPJ (KPJHS) berikutan prestasi tahun kewangan 2025 yang kukuh.
1bulan ago
ISKANDAR PUTERI, June 16 (Bernama) -- Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) memeterai kerjasama strategik dengan Kerajaan Bandar Taoyuan di Taiwan untuk bersama-sama memajukan kolaborasi industri, memperkukuh pembangunan bakat dan meningkatkan daya saing ekonomi.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 16 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia berkembang kepada RM3.1 trilion pada 2025, merangkumi RM1.6 trilion dalam eksport dan RM1.5 trilion import, dengan Pulau Pinang terus menerajui prestasi eksport negara, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd telah memperoleh kontrak RM158.81 juta untuk membekalkan papan suis voltan rendah berhubung dengan projek pusat data di Johor.