BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Kerajaan akan pinda Akta Pengangkutan Jalan, wajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah bayar pampasan kepada mangsa | Belanjawan 2027: Had nilai setiap aset kecil yang layak mendapat elaun modal dinaikkan kepada RM3,000, bagi syarikat selain PMKS had keseluruhan tuntutan dinaikkan kepada RM30,000 – PM Anwar | Belanjawan 2027: Setakat September, 290,000 pekebun kecil terima RM400 sebulan sebagai bantuan subsidi | Belanjawan 2027: ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka mula beroperasi Disember ini, Malaysia-China sepakat sambung laluan ke Rantau Panjang | Belanjawan 2027: Kadar pendapatan bercukai banjaran RM150,000-RM600,000 diturunkan kepada 16 peratus, beri pendapatan tambahan sehingga RM6,000 kepada 300,000 PKMS | 

Terdapat 78 berita berdasarkan kata kunci carian " keutamaan"

Malaysia Jangka Sembilan GW Kapasiti Kuasa Gas Digunakan Menjelang 2032 Tampung Peningkatan Permintaan

PETALING JAYA, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia menjangkakan kira-kira sembilan gigawatt (GW) kapasiti kuasa gas akan digunakan menjelang 2032, bagi menampung permintaan elektrik yang semakin meningkat di samping menamatkan penjanaan arang batu secara berperingkat.

Sokongan Pekebun Kecil Perlu Seiring Usaha Perkukuh Rantaian Nilai Agrikomoditi - Noraini

PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Sokongan kepada pekebun kecil perlu bergerak seiring dengan usaha memperkukuh keseluruhan rantaian nilai agrikomoditi untuk memastikan pertumbuhan industri turut memberi manfaat kepada golongan itu, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Malaysia Hos Persidangan Ketua-ketua Pengarah Penerbangan Awam Rantau Asia Dan Pasifik

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Malaysia menganjurkan Persidangan Ketua-Ketua Pengarah Penerbangan Awam, rantau Asia dan Pasifik (DGCA/61) ke-61 dari 7 hingga 11 September, 2026, menghimpunkan lebih 500 peserta dari 35 negara untuk salah satu perhimpunan penerbangan awam paling penting di rantau berkenaan.

PSC Tanjung Enim Globaltec Formation Diluluskan Sebagai Projek Strategik Nasional Indonesia

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Globaltec Formation Bhd (GFB) melalui anak syarikat tenaga bersih milik 70 peratusnya, NuEnergy Gas Ltd, mengumumkan kerajaan Indonesia telah meluluskan pembangunan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Tanjung Enim milik NuEnergy sebagai projek strategik nasional Indonesia.

Malaysia Airlines, Batik Air Batal 20 Penerbangan Malaysia-Jakarta Akibat Abu Gunung Berapi

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines dan Batik Air telah membatalkan sejumlah 20 penerbangan antara Malaysia dan Jakarta hari ini selepas abu gunung berapi daripada gunung Anak Krakatau mengganggu operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK), Jakarta.

MAG Tidak Kompromi Soal Keselamatan, Kru Diwajibkan Jalani Saringan Dadah Tahunan

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Aspek keselamatan kekal sebagai keutamaan yang tidak akan dikompromi bagi Malaysia Aviation Group (MAG) seiring langkah kumpulan itu untuk terus memperkukuh proses dan piawaian keselamatannya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Nasaruddin A Bakar.

Belanjawan 2027: Sabah Mahu Kos Sara Hidup Diringankan, PMKS Diperkasa

KOTA KINABALU, 4 Sept (Bernama) -- Meringankan tekanan kos sara hidup serta memperkukuh sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) antara harapan pemain perniagaan dan penduduk Sabah menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Okt ini.

Kementerian Ekonomi Teliti Persediaan Hadapi Negara Menua Dalam Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang meneliti struktur persediaan Malaysia dalam menghadapi perubahan demografi sebagai sebuah negara menua, menerusi Belanjawan 2027.

Kerjasama Malaysia-SAR Macao Boleh Perkukuh Hubungan Ekonomi China-ASEAN - Sim

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kekuatan kewangan, rangkaian perdagangan dan kepakaran perkhidmatan Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macao, digabungkan dengan keupayaan perindustrian Malaysia, boleh mewujudkan jambatan ekonomi kukuh yang menghubungkan China, ASEAN dan pasaran antarabangsa.

MIGJA Harap Belanjawan 2027 Kekalkan Pengecualian Cukai Barang Kemas Emas

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Persatuan Tukang Emas dan Barang Kemas India Malaysia (MIGJA) berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada bulan depan, terus mengekalkan pengecualian cukai ke atas barang kemas emas bagi mempertahankan daya saing industri.

Belanjawan 2027 Perlu Perkukuh Jaringan Pelabuhan, Pengangkutan -- Pengendali

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kalangan pengendali pelabuhan berharap kesalinghubungan antara pelabuhan dan infrastruktur utama pengangkutan akan diberi keutamaan dalam Belanjawan 2027 bagi penambahbaikan rantaian bekalan.

Belanjawan 2027 Diharap Akan Terus Perkukuh Sektor Agrikomoditi, Tingkat Pendapatan Pekebun Kecil - Noraini

SERDANG, 1 Sept (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berharap Belanjawan 2027 terus memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor agrikomoditi khususnya dalam meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan daya saing industri.