Terdapat 241 berita berdasarkan kata kunci carian " mata wang"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Hasil Perbendaharaan AS Susut

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, disokong oleh penyusutan mata wang unit negara maju itu dan penurunan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Syarikat Penerbangan Asia-Pasifik Dijangka Kekal Kukuh Meskipun Ketidaktentuan Industri - S&P

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Syarikat penerbangan Asia Pasifik terus melabur membeli pesawat cekap bahan api disokong prospek permintaan jangka panjang, hutang yang lebih rendah susulan pandemik selain pembiayaan yang pelbagai bagi menangani ketidaktentuan industri.

Ringgit Ditutup Rendah Selepas AS Ancam Sekatan 'D-Day Ekonomi' Ke Atas Iran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan ancaman AS mengenakan sekatan baharu “D-Day Ekonomi” yang lebih buruk ke atas Iran selain risiko dasar itu menjelang simposium tahunan Jackson Hole.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang kukuh, kata penganalisis.

Ringgit Dijangka Alami Aktiviti Ambil Untung Minggu Depan Selepas Catat Pengukuhan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Urus niaga ringgit dijangka menyaksikan aktiviti pengambilan untung pada minggu depan selepas mencatat aliran pengukuhan pada minggu ini.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan disokong oleh permintaan yang lebih kukuh dan kebimbangan terhadap kemungkinan kekangan bekalan.

Ringgit Akhiri Minggu Dagangan Dengan Kukuh, Kebimbangan Pasaran Bon AS Tekan Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengakhiri minggu dagangan dengan kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun hasil Perbendaharaan AS menunjukkan peningkatan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Susut Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi susut berbanding dolar Ameria Syarikat (AS) pada Jumaat kerana pelabur mengambil sikap berhati-hati dalam persekitaran ketegangan yang semakin memuncak antara AS dan Iran, kata seorang ahli ekonomi.

YTL Power Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM1.68 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Power International Bhd menyusut kepada RM1.68 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM2.54 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Untung Bersih Dialog Meningkat Kepada RM593.55 Juta Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd meningkat kepada RM593.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM303.82 juta pada tahun kewangan 2025.

Ringgit Teruskan Momentum Positif Kekal Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positifnya untuk ditutup  tinggi berbanding dolar AS pada Khamis apabila hutang negara Amerika Syarikat (AS) yang melepasi US$40 trilion buat kali pertama telah menjejaskan prestasi dolar AS.

Keuntungan Bersih Kossan Rubber Pada Suku Kedua Meningkat Kepada RM64.47 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Kossan Rubber Industries Bhd (Kossan) bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) meningkat lebih dua kali ganda kepada RM64.47 juta berbanding RM31.15 juta pada suku kedua 2025, disokong oleh prestasi lebih baik di semua bahagiannya.