7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh ISF Group Bhd, Yeo Plumber Sdn Bhd telah memperoleh projek pusat data berskala hiper di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan nilai kontrak gabungan sebanyak RM83.2 juta dari sebuah kumpulan kejuruteraan awam dan pembinaan bangunan yang berpangkalan di Malaysia.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- TI TNB Genco Solar Kenyir 1 Sdn Bhd (TI TNB GENCO) mengemukakan kemudahan Sukuk Wakalah SRI Kemampanan ASEAN bernilai sehingga RM2 bilion dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 30 Okt, 2026.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Signature Alliance Group (SAG), Zig Zag Builders memperoleh kontrak bernilai RM51.56 juta untuk melaksanakan kerja pembangunan semula dan pengubahsuaian Underwater World Langkawi di Kedah.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Federal International Holdings Bhd (FIHB), Federal Builders Industries Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM46.96 juta daripada Perumahan Masteron Sdn Bhd.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Econpile Holdings Bhd, Econpile (M) Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM73 juta daripada SA Architects Sdn Bhd, bagi pihak Hospital Tung Shin, untuk melaksanakan kerja cerucuk dan asas bagi pembinaan bangunan hospital baharu di Jalan Pudu.
7hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 2 Nov (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) mencatatkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM88.83 bilion antara Januari 2025 dan Jun 2026, dengan potensi mewujudkan 28,755 peluang pekerjaan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
7hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengunjurkan lebihan dagangan Malaysia akan berkembang sekurang-kurangnya 15 hingga 20 peratus tahun ini daripada RM156.83 bilion yang dicatatkan tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Indera Abu Bakar Yusof.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) – Pelabur China menunjukkan hasrat untuk membuat pelaburan berjumlah US$15 bilion di Malaysia, melibatkan enam sektor berpotensi tinggi termasuk elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor, serta industri halal.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali Sdn Bhd memeterai Farm Out Agreement (FOA) dengan rakan kongsi usaha samanya.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) – Pelabur dari China berminat membangunkan kilang pengeluaran aluminium serta kemudahan tenaga hijau di Samalaju, Bintulu, Sarawak, bagi menyokong aktiviti pembuatan berorientasikan pasaran antarabangsa.
7hari ago
JOHOR BAHRU, 2 Nov (Bernama) -- WM Senibong Berhad (WM Senibong) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, WM Senibong Capital Bhd menerima pengesahan penarafan AA-IS dengan prospek stabil daripada MARC Ratings Berhad bagi nota jangka sederhana Islam di bawah program Sukuk Wakalah yang bernilai sehingga RM1 bilion.
7hari ago
ALOR GAJAH, 2 Nov (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) memperluaskan operasi pemasangan kenderaan di Melaka menerusi pelancaran dua model kenderaan hibrid baharu Great Wall Motor (GWM) jenis pelbagai guna (MPV) HEV Wey G9 dan utiliti sukan (SUV) Hibrid EC15S.