7hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh secara langsung Vantris Energy Bhd (Vantris Energy), iaitu VTEB Offshore Sdn Bhd (VOSB) memperoleh dua pesanan kerja pemasangan dan pengangkutan (T&I) luar pesisir dengan nilai gabungan kira-kira RM1.8 bilion.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- PMB Investment Bhd hari ini mengumumkan agihan pendapatan empat sen seunit untuk PMB Shariah Premier Fund dan 3.20 sen seunit bagi PMB Shariah Equity Fund masing-masing bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2026 dan 30 Ogos 2026.
7hari ago
Oleh Nur Faradilla Mohamad
MERSING, 25 Sept (Bernama) -- Pelaksanaan Program SejaTi MADANI memberi impak langsung kepada ekonomi komuniti Kampung Air Merah di sini apabila projek ternakan lebah kelulut yang disertai 13 peserta daripada golongan B40 dan asnaf berjaya menjana hasil jualan RM19,108 dalam tempoh lebih setahun.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan berikutan penurunan baru-baru ini walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak meningkat.
8hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan penurunan lima hari berturut-turut untuk ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Khamis.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SLGC Bhd mencatat terlebih langganan sebanyak 3.1 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Infomina Bhd telah memperoleh kontrak RM62.65 juta untuk menyediakan perkhidmatan teknologi dan penyelenggaraan kepada institusi kewangan di Malaysia.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Syarikat teknologi hartanah, Core Proptech Sdn Bhd mencatat transaksi hartanah bernilai lebih RM158 juta daripada lebih 150 unit yang dijual sejak 12 bulan lepas.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pembukaan Pavilion Libya pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-22 (MIHAS 2026) dijangka membuka peluang baharu bagi perniagaan Malaysia dan Libya untuk mengembangkan perdagangan masing-masing.
8hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, diasak tekanan jualan sederhana yang berselang-seli dengan aktiviti pembelian ketika lonjakan harga minyak dan hasil bon global menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- LB Group Co Ltd, pengeluar titanium dioksida dan bahan kimia bukan organik yang berpangkalan di China, memperluas operasinya di Malaysia dengan melancarkan kemudahan baharu di Gurun Heavy Industrial Park (GHIP) di Kedah, yang membabitkan jumlah pelaburan sebanyak RM1 bilion.
8hari ago
KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia akan menguruskan eksport aset karbonnya secara bertanggungjawab dengan mewujudkan senarai putih kelayakan dan menetapkan had jualan yang dinamik, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.