Terdapat 1158 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia"

Pendigitalan Kewangan Perkukuh Agenda Keselamatan Makanan Malaysia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Pengurusan kewangan digital boleh menjadi penggerak penting agenda keselamatan makanan Malaysia dengan memperkukuh daya tahan kewangan pesawah padi, menyokong peningkatan produktiviti dan memastikan pengeluaran beras domestik yang lebih mampan.

Pengecualian Cukai Yayasan Pendidikan TARC Tertakluk Pematuhan Syarat - MOF

PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Pengecualian cukai bagi Yayasan Pendidikan TARC tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang percukaian, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

BNM Dijangka Kekal OPR Pada 2.75 Peratus Susulan Penurunan Harga Minyak Kurangkan Risiko Inflasi 

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- CIMB Treasury and Markets Research mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang tidak berubah pada 2.75 peratus Khamis ini berikutan penurunan harga minyak dunia telah mengurangkan risiko inflasi.

Bursa Malaysia Terus Kukuh Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada dagangan tengah hari, dipacu saham wajaran tinggi dalam sektor perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan.

Saham MRCB Meningkat Pada Awal Dagangan Didorong Potensi Limpahan Projek LRT3

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan potensi limpahan manfaat daripada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), termasuk peluang pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang jajaran rel berkenaan.

Institusi Tempatan Terus Catat Aliran Belian Bersih 12 Minggu Berturut-turut - MBSB Research

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aliran belian bersih di Bursa Malaysia kepada minggu ke-12 berturut-turut dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM474.6 juta minggu lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang semakin baik, menjejaki prestasi Wall Street yang sebahagian besarnya positif pada Jumaat lepas.

Niaga Hadapan KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur hari ini.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Isnin berikutan peniaga menilai semula kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) susulan data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah berbanding jangkaan.

Malaysia, Laos Perkukuh Kerjasama Perdagangan, Pelaburan, Ketersambungan

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Laos menegaskan semula komitmen untuk memperkukuh kerjasama dua hala serta mempererat perkongsian serantau dengan memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan ketersambungan sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Pekebun Kecil Sawit Johor Ubah Bantuan RM15,000 Kepada RM126,000

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Bantuan kerajaan sebanyak RM15,000 yang disalurkan kepada pekebun kecil sawit di Batu Pahat, Johor berjaya menghasilkan pulangan kasar hampir RM126,000 dalam tempoh kurang tiga tahun melalui projek Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) melibatkan penternakan itik penelur.