BERITA TERKINI   Belanjawan 2027 pastikan subsidi diesel bersasar bantu rakyat dengan lebih berkesan - Amir Hamzah | Penambahbaikan pelaksanaan subsidi diesel bersasar sedang diteliti, diumum dalam tempoh satu atau dua bulan - Amir Hamzah | Belanjawan 2027: Ekonomi Biru diberi tumpuan khusus bagi rangsang pertumbuhan negara - Amir Hamzah | DAP menyokong pemansuhan AUKU - Loke | Keputusan kekal atau tidak dalam Kerajaan Perpaduan akan dibuat secara kolektif oleh perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP hari ini - Loke | 

Terdapat 120 berita berdasarkan kata kunci carian " peralihan"

Penggunaan Elektrik Pusat Data Diunjur 31 Peratus Menjelang 2035 

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Jumlah penggunaan tenaga elektrik oleh sektor pusat data dijangka melonjak ketara kepada 31 peratus atau bersamaan 73,274 gigawatt jam (GWj) menjelang 2035 daripada 7.0 peratus atau 10,544 GWj pada 2026.

U Mobile Selesai Beralih Kepada Rangkaian 5G Sendiri, Keluar Daripada Perjanjian Borong DNB

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd berjaya beralih kepada rangkaian ULTRA5G milik sendiri di seluruh negara selepas keluar daripada perjanjian akses borong dengan Digital Nasional Bhd (DNB).

BHPetrol, MARA Inc Jalin Kerjasama, Sasar Pasang Sistem Solar Di 50 Stesen Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dan MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) hari ini melancarkan projek pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) secara berperingkat di 50 stesen BHPetrol di sekitar Lembah Klang dan disasarkan siap tahun ini.

JS-SEZ Bakal Raih Manfaat Daripada Kolaborasi Dengan Itali, Rakan Eropah - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kolaborasi dengan Itali dan rakan kongsi Eropah yang lain akan memainkan peranan penting dalam menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Mampukah KDNK Per Kapita Malaysia Cecah US$20,000 Menjelang Awal Dekad 2030-an?

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih satu lagi pencapaian ekonomi yang penting apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal per kapita melepasi paras US$15,000 (US$1= RM4.06) pada 2026, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Maybank Tingkat Sasaran Pembiayaan Mampan Sekitar ASEAN Kepada US$73 Bilion Menjelang 2030

JAKARTA, 30 Jun (Bernama) -- Kumpulan Malayan Banking Bhd (Maybank) komited untuk menggerakkan sejumlah US$73 bilion (US$1 = RM4.06) dalam bentuk pembiayaan mampan di serata ASEAN menjelang 2030.

Rasionalisasi Subsidi Pastikan Margin PMKS, Daya Saing Malaysia Terus Terpelihara -- MITI

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Langkah rasionalisasi subsidi dapat memastikan margin keuntungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta daya saing Malaysia terus terpelihara jika dilaksanakan secara berperingkat, bersasar dan disertai langkah sokongan komprehensif.

SEDC Energy Sedia Laksana BUDI Diesel

KUCHING, 29 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan program subsidi Diesel BUDI MADANI (BUDI Diesel) di seluruh negara bermula pada 1 Julai dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh mekanisme subsidi bersasar serta mengurangkan ketirisan.

KPK Sasar Pengeluaran Lada Premium Negara Naik Kepada 39,000 Tan Metrik Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, Jun 29 (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan pengeluaran lada premium negara meningkat kepada 39,000 tan metrik menjelang 2030 berbanding anggaran 33,000 tan metrik pada 2026, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Pasaran Gas Perlu Liberal Sepenuhnya Untuk Lonjak Persaingan, Pelaburan - Presiden MGA

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Pasaran gas perlu liberal sepenuhnya berasaskan prinsip jual dan beli secara sukarela serta pemansuhan had harga untuk menarik lebih ramai peserta antarabangsa dan merangsang industri yang lebih kompetitif, menurut Persatuan Gas Malaysia (MGA).

SAMENTA Umum Majlis Kebangsaan Baharu, Tetapkan Agenda Untuk PKS

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) telah mengumumkan majlis kebangsaannya untuk penggal 2026-2029, menggariskan keutamaan yang merangkumi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pembaharuan dasar untuk memperkukuhkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

KLIMS 2026 Catat 205,440 Pengunjung, Jana Minat Komersial Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (KLIMS 2026) mencatat kehadiran seramai 205,440 pengunjung serta menjana minat komersial yang tinggi dalam kalangan pempamer sepanjang tempoh penganjuran selama 10 hari, sekali gus mencerminkan penglibatan pengguna yang memberangsangkan.