6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan projek air di Sarawak dijangka dapat dipercepat hasil daripada struktur tadbir urus yang diperkemas berikutan penggabungan agensi air di negeri itu.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Syarikat Bumiputera perlu berkembang daripada pembekal kepada rakan strategik, pemilik teknologi dan peneraju industri, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd memaklumkan pihak pengurusannya masih menilai inisiatif pasaran modal yang berpotensi, termasuk penyenaraian sekunder di Bursa Singapura (SGX), tetapi tiada cadangan rasmi dikemukakan kepada lembaga pengarah untuk dipertimbangkan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- S P Setia Bhd menyambut baik langkah dalam Belanjawan 2027 yang menyokong pemilikan rumah, pelaburan, pembangunan mampan serta daya tahan ekosistem pembinaan negara.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan gaji susulan Belanjawan 2027 perlu disokong peningkatan produktiviti, pelaburan perniagaan dan penggunaan teknologi bagi mengekalkan daya saing serta mewujudkan pekerjaan berkualiti, menurut CIMB Treasury and Markets Research.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street semalaman, dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik yang berterusan dan harga minyak kembali meningkat, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan belum menetapkan mana-mana lokasi di Sabah sebagai “living laboratory” Ekonomi Altitud Rendah pada masa ini kerana penilaian menyeluruh masih perlu dilaksanakan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Alpha ESS Malaysia Sdn Bhd (AlphaESS) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan DB Energy Sdn Bhd untuk bekerjasama dalam sistem bekalan kuasa hibrid bersepadu bagi projek pusat data kecerdasan buatan (AI) di Bagan Datuk, Perak.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Galakan cukai Hab Perkhidmatan Global (GSH) dicadangkan disemak semula untuk memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi hab perkhidmatan global dan menarik aktiviti pengurusan perbendaharaan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Galakan cukai bagi syarikat perkapalan Malaysia dicadangkan agar disemak semula bagi menyumbang kepada pertambahan jumlah kapal tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap kapal asing serta menambah aliran masuk pendapatan fret kapal dalam tempoh jangka panjang.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Sektor korporat Malaysia harus menggunakan peluang dalam Belanjawan 2027 untuk meningkatkan pelaburan, menambah baik produktiviti dan membina perniagaan yang lebih mampan serta berdaya saing di peringkat antarabangsa, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pada hari sesi kelayakan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Singapura 9 Okt lepas, penulis menaiki MRT dari Nicoll Highway ke Promenade menghala ke Gate 2, menuju ke kawasan paddock sokongan siri perlumbaan GT Porsche ARbox Carrera Cup Asia untuk bertemu dengan pemandu Malaysia Naquib Azlan.