BERITA TERKINI   PRN Melaka : BN muktamad rundingan dengan PAS, bertanding 21 kerusi, PAS dan rakan sekutu tujuh kerusi. | BN umum calon PRN Melaka Sabtu ini - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 1438 berita berdasarkan kata kunci carian " "

DNB Muktamadkan Pembiayaan Berjangka Islam Bersindiket RM5.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) berjaya memuktamadkan kemudahan pembiayaan berjangka Islam bersindiket berjumlah RM5.2 bilion. 

TIV Industri Automotif Naik 19 Peratus Kepada 69,609 Unit Pada September - MAA

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat 19 peratus kepada 69,609 unit pada September 2026 berbanding 58,490 unit pada bulan sama tahun lepas.

DNB Percepat Penerimagunaan 5G, Pacu Pertumbuhan Perniagaan

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) akan bekerjasama dengan pemegang sahamnya yang terdiri daripada operator rangkaian mudah alih, pelanggan dan rakan teknologi bagi mempercepat penerimagunaan 5G serta membawa penyelesaian praktikal ke pasaran.

Inflasi Malaysia Meningkat 1.8 Peratus Pada September 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada September 2026 berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya, dengan mata indeks meningkat kepada 137.6 daripada 135.2 (September 2025), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pendedahan Kewangan Kerajaan Terhadap DNB Kini Sifar, Tiada Lagi Bantuan Seterusnya - Fahmi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashed

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) – Pendedahan kewangan kerajaan terhadap Digital Nasional Bhd (DNB) telah berkurangan kepada sifar susulan penyempurnaan kemudahan pembiayaannya yang bernilai RM5.2 bilion, dengan syarikat itu dijangka membiayai diri sendiri sepenuhnya pada masa hadapan.

Reformasi Ekonomi Sejak Empat Tahun Lepas Perkukuh Negara - PM Anwar

PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Usaha reformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sejak empat tahun lepas telah membantu melonjakkan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertumbuhan Industri Pusat Data Perlu Dirancang Secara Strategik Bagi Tarik Pelaburan Berkualiti - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan industri pusat data perlu dirancang secara strategik bagi menarik pelaburan berkualiti, memperkukuh ekonomi digital serta memastikan kelestarian tenaga, penggunaan air dan alam sekitar terus terpelihara.

Kerajaan Terus Bayar Hutang Lama Termasuk 1MDB, Kurangkan Pinjaman Baharu - PM Anwar

PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan terus menanggung obligasi hutang yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu termasuk liabiliti berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), di samping berusaha mengurangkan kebergantungan pada pinjaman baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Momentum Pertumbuhan Malaysia Dijangka Kekal Kukuh Pada Suku Keempat 2026

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Permintaan domestik yang berdaya tahan, aktiviti pelaburan yang berterusan dan prospek eksport yang memberangsangkan dijangka menyokong momentum pertumbuhan Malaysia pada suku keempat 2026, menurut CGS International Securities Malaysia.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi hari ini.

Malaysia Perlu Perkasa Pedagang Tempatan Tembus Pasaran Petroleum Global

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu membangunkan lebih ramai pedagang petroleum tempatan serta memperkukuh akses kepada pembiayaan perdagangan bagi merealisasikan aspirasi negara sebagai hab perdagangan petroleum serantau. 

Sebanyak 280 Projek Persekutuan Di P. Pinang Bernilai RM33.22 Bilion Dilulus Di Bawah RMK13

GEORGE TOWN, 19 Okt (Bernama) -- Sebanyak 280 projek pembangunan Persekutuan di Pulau Pinang dengan kos keseluruhan RM33.22 bilion diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua (RP2) 2027, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).