1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi perbankan mempengaruhi penanda aras itu walaupun sentimen di seluruh pasaran kekal positif.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong aliran masuk dana asing yang berterusan dan asas makroekonomi domestik yang semakin mengukuh.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Negara yang mahu menerajui bidang kecerdasan buatan (AI) perlu membangunkan keupayaan domestik merentasi keseluruhan ekosistem AI, bukannya bergantung kepada teknologi yang dibangunkan pihak lain, kata Pengarah Urusan YTL Power International Bhd Datuk Seri Yeoh Seok Hong.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- AmBank (M) Bhd menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026 berkembang 5.6 peratus, disokong oleh penggunaan swasta yang didorong oleh perbelanjaan musim perayaan sepanjang suku itu serta pelaburan swasta yang kekal stabil.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation) memudah cara kerjasama bagi membantu syarikat berasaskan bio dari Sarawak menembusi pasaran serantau dan antarabangsa menerusi BIO Asia-Taiwan 2026.
1bulan ago
KULAI, 16 Julai (Bernama) -- Johor bakal menjadi lokasi pengeluaran robot pembersihan berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama oleh syarikat tempatan menerusi kerjasama pemindahan teknologi dengan syarikat dari China.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia seiring dengan aliran yang lebih meluas di rantau Asia Pasifik apabila organisasi mempercepatkan pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) meskipun berdepan cabaran untuk mencapai pulangan yang boleh diukur, menurut International Data Corporation (IDC).
1bulan ago
PORT DICKSON, 14 Julai (Bernama) – Pembangunan Pelabuhan Midport di sini bakal memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab digital dan maritim sekali gus meningkatkan keupayaan negara memenuhi permintaan perdagangan global yang semakin berkembang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, dengan indeks penanda aras meningkat 0.86 peratus disokong minat belian berterusan terhadap saham-saham perbankan.
1bulan ago
SHAH ALAM, 13 Julai (Bernama) -- Kementerian Digital hari ini melancarkan Akademi Digital Korea-ASEAN (KADA), satu inisiatif bersama dengan Korea Selatan bagi membangunkan profesional industri kecerdasan buasan (AI) dan digital di Malaysia.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin apabila saham perladangan dan berkaitan dengan komoditi mencatatkan peningkatan, seterusnya mengimbangi sentimen berhati-hati di pasaran serantau.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin namun kemudiannya menyusut berikutan pelabur mengambil keuntungan susulan kenaikan indeks petunjuk pasaran kepada paras tertinggi dalam tempoh dua minggu, melepasi paras 1,690 minggu lepas.