30hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MNRB Holdings Bhd meningkat kepada RM183.75 juta pada suku pertama berakhir 30 Jun 2026 daripada RM168.43 juta pada suku pertama 2026 berikutan sumbangan yang lebih baik daripada perniagaan insurans semula, takaful keluarga dan takaful semula.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Trafik penumpang antarabangsa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Malaysia meningkat 9.3 peratus bulan ke bulan kepada 4.5 juta pada Julai 2026, disokong oleh perjalanan musim panas di seluruh Eropah, Timur Tengah dan sebahagian Asia.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Firma penyelidikan menyambut baik pengembangan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) daripada 30 kepada 50 konstituen dan percaya langkah itu akan menyediakan perwakilan pasaran yang lebih luas dan kepelbagaian sektor yang lebih besar.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE) mencatatkan lonjakan untung bersih iaitu sebanyak RM60.59 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 daripada RM10.05 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih pada tengah hari, dengan sentimen pasaran disokong oleh asas ekonomi domestik Malaysia yang kukuh dan berdaya tahan.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Apex Securities Bhd menaikkan unjuran eksport Malaysia bagi 2026 kepada 26.2 peratus daripada 16.3 peratus, disokong pertumbuhan eksport yang kukuh dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu memacu inovasi dengan membangunkan lebih banyak produk getah khusus dan bernilai tinggi, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
30hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, meneruskan kenaikan bagi sesi keempat berturut-turut.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) berminat untuk menyertai projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Amar Huzaimi Md Deris.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd meningkat kepada RM593.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM303.82 juta pada tahun kewangan 2025.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis apabila hutang negara Amerika Syarikat (AS) yang melepasi US$40 trilion buat kali pertama telah menjejaskan prestasi dolar AS.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mencatatkan untung bersih yang lebih tinggi sebanyak RM88.83 juta pada suku kedua 2026, meningkat daripada RM83.82 juta pada tahun sebelumnya, manakala hasil meningkat kepada RM1.16 bilion daripada RM1.01 bilion.