24hari ago
GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan lebih RM350 bilion dalam eksport elektrik dan elektronik (E&E) pada separuh pertama 2026 (S1 2026), iaitu peningkatan lebih 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
24hari ago
SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) -- Hextar Global Bhd melalui subsidiari tidak langsung 70 peratus miliknya, Hextar Landmark Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan perbandaran guna campur bersepadu dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM3.8 bilion di Siera Alam, Shah Alam.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Hextar Global Bhd Dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan bekerjasama untuk membangunkan tanah berkeluasan 97.28 hektar di Siera Alam, Shah Alam menjadi sebuah pembangunan guna campur bersepadu.
24hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Pharmaniaga Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat kepada RM12.49 juta daripada RM3.96 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila tekanan jualan di kaunter berkaitan minyak memberi kesan kepada indeks petunjuk pasaran selepas mencatatkan kenaikan pada sesi sebelumnya, kata seorang penganalisis.
25hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah pada Khamis disebabkan harga minyak mentah yang lebih rendah dan ringgit yang sedikit kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, didorong oleh tekanan jualan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terutama dalam sektor perladangan, perkhidmatan kewangan dan utiliti.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Binasat Communications Bhd, iaitu Binasat Digital Sdn Bhd (BDSB), akan menerima RM32.19 juta daripada Cosmopolitan Avenue Sdn Bhd (CASB) berikutan penamatan penamatan bersama perjanjian jual beli (SPA) untuk Empire City.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Vstecs Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat 50 peratus kepada RM30.31 juta daripada RM20.17 juta pada tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh kekukuhan dalam semua segmen perniagaannya.
26hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih mengukuh, kata peniaga.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Sektor perkhidmatan berkembang 11.2 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026, dengan hasil mencecah RM714.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).