BERITA TERKINI   Jerebu: JKR lanjut operasi lampu jalan dilengkapi pemasa (timer) hingga dua jam bagi mudahkan pengguna jalan raya - Ahmad Maslan | Kerjasama dengan Mesir buka peluang besar kepada Malaysia memperluas perdagangan, pelaburan dan sektor pelancongan - Anwar | Malaysia, Mesir setuju adakan mesyuarat suruhanjaya bersama pada suku pertama 2027 untuk memperkukuh kerjasama dua hala - Anwar | Tabung Pos ditubuhkan dengan dana RM150 juta di bawah seliaan MCMC, beroperasi suku pertama 2027 – Fahmi | 

Terdapat 106 berita berdasarkan kata kunci carian " kesan"

Tambahan RM1 Bilion Dana Mikrokredit Perlukan Proses Kelulusan Lebih Pantas - FMM

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) - Tambahan RM1 bilion dalam kemudahan dana mikrokredit daripada RM5 bilion kepada RM6 bilion bagi 2026 perlu disertakan dengan prosedur permohonan yang lebih mudah, terma pembiayaan berpatutan dan kelulusan serta pembayaran lebih pantas.

El Nino: Kerjasama Rapat Penting Minimumkan Gangguan Operasi Industri - FMM

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Kerjasama rapat antara kerajaan, pihak berkuasa dan pengilang amat penting bagi meminimumkan risiko gangguan operasi industri sekiranya Malaysia berdepan fenomena El Nino yang teruk dan berpanjangan, menurut Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).

KPK, MPOB Sedia Bantu Pekebun Kecil Hadapi Kesan El Nino -- Noraini

BATU PAHAT, 30 Ogos (Bernama) – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menerusi agensi berkaitan, termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bersedia membantu pekebun kecil menghadapi kesan fenomena El Nino yang dijangka membawa cuaca panas berterusan selama beberapa bulan.

Krisis Asia Barat : Kerajaan Sentiasa Pantau Inflasi, Elak Tekanan Kos Kepada Rakyat

KOTA BHARU, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sentiasa memantau pergerakan inflasi susulan perkembangan krisis di Asia Barat bagi memastikan tekanan kos akibat gangguan bekalan dan kenaikan harga komoditi tidak membebankan rakyat.

Keuntungan Bersih CIMB Naik Kepada RM1.94 Bilion Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd meningkat kepada RM1.94 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 (suku kedua 2026) berbanding RM1.89 bilion dalam suku kedua 2026, disokong oleh prestasi menyeluruh merentasi semua perniagaan.

IOI Corp Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Kepada RM1.68 Bilion Pada Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Corporation Bhd (IOI Corp) bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) meningkat kepada RM1.68 bilion daripada RM1.52 bilion pada tahun sebelumnya, terutamanya disokong oleh keuntungan yang lebih tinggi daripada segmen pembuatan berasaskan sumber dan perladangan. 

Axiata Catat Untung Bersih Sebanyak RM42.53 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Axiata Group Bhd berkurangan kepada RM42.52 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 (suku kedua 2026) berbanding RM270.81 juta pada tahun sebelumnya.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Simposium Jackson Hole

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Jumaat menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Kevin Warsh pada Simposium Jackson Hole lewat malam ini.

Petronas Catat Prestasi Separuh Tahun Berdaya Tahan, Kekal Komited Menjamin Keselamatan Tenaga

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat keuntungan bersih RM27.2 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat RM1 bilion atau empat peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, mencerminkan pelaksanaan berdisiplin, kebolehpercayaan operasi dan kecemerlangan komersial dalam persekitaran makroekonomi yang mencabar.

ASM 2 Wawasan Catat Agihan Pendapatan RM1.31 Bilion, Tertinggi Dalam Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM1.31 bilion bagi Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2026.