Terdapat 11 berita berdasarkan kata kunci carian " bumiputera"

Rosado Meterai Perjanjian Penajajaminan Bagi Cadangan IPO Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Rosado Bhd (Rosado) memeterai perjanjian penajajaminan dengan Malacca Securities Sdn Bhd (Malacca Securities) dan Kenanga Investment Bank Bhd, bersempena dengan tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraiannya di Pasaran ACE, Bursa Malaysia Securities Bhd.

Terbitan Awam KEB Dilanggan Sepenuhnya Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bahagian publik tawaran awam permulaan (IPO) KEB Bhd telah dilanggan sepenuhnya menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 Nov 2026. 

Bahagian Awam IPO MyDCD Terlebih Langgan 36.46 Kali

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bahagian tawaran awam permulaan (IPO) penyedia perkhidmatan kejuruteraan MyDCD Bhd yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia mencatat terlebih langgan sebanyak 36.46 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Kedah Rubber City Tarik Pelaburan Komited RM3.344 Bilion Setakat September 2026 

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Projek Kedah Rubber City (KRC) berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM3.344 billion membabitkan lima pelabur utama setakat September 2026, menurut Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

IOIPG REIT Yang Bakal Disenaraikan Di Pasaran Utama Sasar Raih RM2.1 Bilion Daripada IPO

PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) --  IOIPG Malaysia Real Estate Investment Trust (IOIPG REIT) menyasar meraih RM2.1 bilion melalui tawaran awam permulaan (IPO) pada harga 96 sen seunit, menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Bhd pada 25 November.

TERAJU Lulus Pembiayaan RM101.43 Juta Kepada 186 Usahawan Bumiputera Johor

JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan pembiayaan berjumlah RM101.43 juta kepada 186 perusahaan bumiputera di Johor, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Junady Nawawi.

TERAJU Lonjak Industri Ternakan Ikan Kelah, Jana Ekonomi Bernilai Tinggi - Akmal Nasrullah

JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Inisiatif pemerkasaan industri ternakan kelah bernilai tinggi di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) terbukti berkesan dalam merintis rantaian ekosistem akuakultur air tawar negara yang mampan, berdaya saing serta menawarkan potensi pendapatan lumayan.

IPO SKA Capital Terlebih Langgan 80.42 Kali

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SKA Capital Bhd terlebih langgan sebanyak 80.42 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 11 Nov 2026.

Parkland Terima Kelulusan SC Disenarai Di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Parkland Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dan cadangan penyenaraian sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Perdasama Cadang Wujud Hab Halal Linyi-Malaysia, Buka Laluan Luas Usahawan Bumiputera

LINYI (Shandong), 29 Okt (Bernama) -- Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) berhasrat mewujudkan hab halal Linyi-Malaysia bagi memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala dan membuka laluan yang lebih luas untuk usahawan bumiputera menembusi pasaran China. 

GEAR-uP Masih Ikut Jadual, Pelaburan Dijangka Meningkat Akhir Tahun Ini - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan program GEAR-uP masih mengikut jadual, dengan pelaburan dijangka meningkat pada akhir tahun ini dan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.