Terdapat 190 berita berdasarkan kata kunci carian " emas"

Bursa Malaysia Dijangka Catat Aliran Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat minggu depan, dengan indeks petunjuk pasaran dijangka diniagakan dalam julat 1,600 hingga 1,620 mata didorong oleh kesediaan pelabur untuk mengambil risiko, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Cenderung Menurun Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas dijangka bergerak dalam julat terhad dengan kecenderungan menurun sedikit minggu depan, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Jejaki Penyusutan Di COMEX

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, mencerminkan penurunan harga di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Belian Berpilih Saham Wajaran Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat susulan aktiviti belian terpilih dalam saham wajaran tinggi yang membantu mengimbangi sentimen berhati-hati menjelang hujung minggu, kata seorang penganalisis. 

Bursa Malaysia Rendah Setakat Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau susulan kelemahan semalaman Wall Street.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan rendah, menjejaki prestasi semalaman yang dicatatkan oleh pasaran Wall Street.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Penyusutan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis menjejaki penyusutan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian, Indeks Komposit Naik 0.36 Peratus

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis, dengan indeks petunjuk pasaran meningkat 0.36 peratus susulan aktiviti pembelian saham pada harga rendah yang berterusan bagi saham wajaran tinggi terpilih, mengatasi prestasi kebanyakan pasaran serantau yang ditutup rendah, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini dalam keadaan sentimen pasaran yang berhati-hati.  

TNG eWallet GOfinance Raih Lebih Lima Juta Pengguna

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Hab perkhidmatan kewangan Touch 'n Go (TNG) eWallet, GOfinance menarik lebih lima juta pengguna yang mengakses sekurang-kurangnya satu produk pengurusan kekayaan setakat 30 Sept 2026, dengan nilai pelaburan keseluruhan yang diproses mencecah RM3.57 bilion.

Bursa Malaysia Mendatar Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia mendatar dalam dagangan awal pada Khamis apabila pelabur kekal tidak memasuki pasaran berikutan kekurangan pemangkin.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Kembali Lepasi Paras 1,600 Mata

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran kembali melepasi paras 1,600 disokong aktiviti membeli saham pada harga rendah secara terpilih, namun kenaikan terhad memandangkan minat belian tertumpu kepada saham teknologi bermodal kecil, kata seorang penganalisis.