Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " ambil alih"

Cosmos Technology Cadang Ambil Alih 51 Peratus Orisystems Pada RM16.52 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Cosmos Technology International Bhd mencadangkan pengambilalihan 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Orisystems Opto Sdn Bhd pada harga RM16.52 juta.

MAG Ambil Alih Sepang Aircraft Engineering Daripada Airbus

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menandatangani perjanjian jual beli dengan Airbus untuk mengambil alih Sepang Aircraft Engineering (SAE), anak syarikat milik penuh Airbus.

TMK Chemical Ambil Alih 100 Peratus Pegangan Dalam CCM Pada Harga RM939.9 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) mengambil alih 100 peratus pegangan dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) pada harga RM939.9 juta. 

IHH Healthcare Alami Kerugian Susulan Lewat Dapat Kelulusan Ambil Alih Fortis

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- IHH Healthcare Bhd mengalami kerugian berikutan kelewatan mendapatkan kelulusan yang diperlukan bagi tawaran pengambilalihan mandatori (MTO) untuk mengambil alih Fortis Healthcare Ltd (Fortis).

Hextar Industries Batal Hasrat Ambil Alih Pegangan Woodpecker Bernilai RM177.48 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rancangan Hextar Industries Bhd untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan ekuti dalam Woodpeckers Group Sdn Bhd pada harga tunai RM177.48 juta, tidak akan diteruskan selepas beberapa syarat berkaitan gagal dimuktamadkan.

Maybank Selesai Ambil Alih Baki Kepentingan Dalam Maybank Ageas

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) melengkapkan cadangan pengambilalihan bagi baki kepentingan 30.95 peratus dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (Maybank Ageas), selepas memeterai perjanjian pembelian saham dengan Ageas Insurance International NV (Ageas) pada 8 Sept 2026. 

Cadangan Ambil Alih Pegangan MYEG Ventures Berdaya Maju Komersial -- Zetrix AI

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Zetrix AI Bhd hari ini menyifatkan cadangan entiti korporat berpangkalan di Filipina, IPVG Employees Inc untuk mengambil alih 50 peratus kepentingan ekuiti dalam MYEG Ventures Inc sebagai berdaya maju secara komersial.

Maybank, Ageas Meterai SPA RM4.83 Bln Bagi Ambil Alih Baki Pegangan MAHB

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memeterai perjanjian jual beli saham (SPA) tanpa syarat dengan Ageas Insurance International NV yang berpangkalan di Belgium bagi mengambil alih baki 30.95 peratus kepentingan ekuiti dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB) bernilai RM4.83 bilion.