48minit ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd melonjak kepada RM40.51 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Julai, 2026 daripada RM8.27 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh jumlah jualan domestik yang lebih tinggi bagi model Mazda.
49minit ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis walaupun pasaran tunai mencatat prestasi yang lebih lemah.
1jam ago
Daripada Saraswathi Muniappan
NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari India Narendra Modi serta Presiden Rusia Vladimir Putin semasa lawatan ke negara ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 pada hujung minggu ini di New Delhi.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, susulan penurunan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS).
2jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengunjurkan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Belanjawan 2027 adalah sebanyak RM437.8 bilion.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- AME Elite Consortium Bhd, menerusi dua anak syarikat milik penuhnya, akan memperoleh 28 bidang tanah pegangan bebas berkeluasan 71.4 hektar di Pontian, Johor, dengan nilai keseluruhan RM199.84 juta.
2jam ago
KOTA BHARU, 10 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad memperuntukkan RM6 juta setahun menerusi Program Sadaqa House bagi membiayai pelbagai inisiatif pendidikan dan pembangunan usahawan di seluruh negara.
2jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis walaupun harga minyak mentah meningkat dan jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selain pelabur menantikan data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS dikeluarkan pada Jumaat ini.
2jam ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi pasaran serantau lain apabila ketegangan yang memuncak di Asia Barat serta harga minyak tinggi telah menjejaskan sentimen.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pembaharuan pembiayaan mesti seiring dengan peningkatan keperluan penjagaan kesihatan serta menyediakan akses penjagaan kesihatan yang mampu dibiayai sepanjang hayat, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan pembinaan SLGC Bhd menyasarkan untuk meraih RM29.4 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6 Okt ini.
5jam ago
KUALA TERENGGANU, 10 Sept (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mengambil inisiatif menyediakan Hab Digital Niaga Terengganu bagi memperkukuh keupayaan usahawan tempatan serta memperluas pemasaran produk mereka menerusi platform digital.