BERITA TERKINI   Liga Super: Selangor 3-0 KL City | Liga Super: Sabah 1-2 DPMM | 

Terdapat 74 berita berdasarkan kata kunci carian " jabatan perangkaan"

Jualan Borong, Runcit Malaysia Naik 9.0 Peratus, Catat RM170.5 Bilion Pada Julai 2026

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia berjumlah RM170.5 bilion pada Julai 2026, meningkat 9.0 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup bercampur-campur hari ini, menjejaki niaga hadapan getah serantau dan pengeluaran getah asli domestik, kata seorang peniaga.

Indeks Kos Bahan Binaan Di Semenanjung Turun, Melonjak Di Sabah Dan Sarawak Pada Ogos

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Indeks Kos Binaan (IKB) dengan bar keluli menurun antara 0.1 peratus dan 1.1 peratus mengikut kategori bangunan dan kawasan di Semenanjung Malaysia pada Ogos 2026 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

IPP Malaysia Meningkat 4.7 Peratus Pada Julai, Jualan Pembuatan Cecah RM177.3 Bilion

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia berkembang 4.7 peratus tahun ke tahun pada Julai 2026, disokong oleh pertumbuhan dalam sektor pembuatan dan elektrik, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pulau Pinang, Johor, Selangor Sumbang 79.4 Peratus Daripada Jumlah Dagangan Malaysia Pada Julai - DOSM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor dan Selangor menyumbang 79.4 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada Julai 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

IHPR Malaysia Naik 9.7 Peratus Pada Julai, Terus Meningkat Empat Bulan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 9.7 peratus pada Julai 2026, lebih tinggi berbanding kenaikan 9.2 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Prospek Perniagaan Bagi Suku Ketiga Kembali Pulih Apabila Petunjuk Keyakinan Meningkat-- DOSM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Peniaga menjangkakan situasi perniagaan yang lebih baik pada suku ketiga 2026, dengan petunjuk keyakinan positif sebanyak 5.9 peratus berbanding dengan -1.8 peratus pada suku kedua 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Bursa Malaysia Pulih Pada Tengah Hari Disokong Daya Tahan Asas Ekonomi Domestik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih pada tengah hari, dengan sentimen pasaran disokong oleh asas ekonomi domestik Malaysia yang kukuh dan berdaya tahan.

KWSP Daftar 441,846 Ahli Baharu, Keahlian Hampir 18.5 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendaftarkan 441,846 ahli baharu dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2026 (1H 2026), menjadikan jumlah keahliannya hampir 18.5 juta.

Kenanga IB Kekal Unjur Inflasi 2026 Pada 2.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran inflasi Malaysia pada 2.1 peratus bagi 2026, meningkat daripada 1.4 peratus pada 2025, dengan tekanan harga domestik kekal terkawal meskipun risiko tenaga kembali meningkat.

Inflasi Malaysia Turun 1.8 Peratus Pada Julai 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Inflasi Malaysia turun 1.8 peratus pada Julai 2026 daripada 1.9 peratus pada Jun dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 137.1 mata pada Julai daripada 134.7 setahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Lebihan Akaun Semasa Malaysia Diunjur Meningkat Pada 2.1 Peratus Daripada KDNK Pada 2026

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan lebihan akaun semasa Malaysia bagi 2026 kekal kukuh, dengan mengekalkan jangkaan pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 1.6 peratus pada 2025.