12jam ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Nexgram Holdings Bhd mengumumkan Henry Cheang Soon Siang sebagai pemegang saham utama selepas mengambil alih 55.97 juta saham biasa, menjadikan jumlah pegangannya sebanyak 65.97 juta saham, mewakili 6.75 peratus daripada keseluruhan saham mengundi terbitan syarikat itu.
15jam ago
KUALA LUMPUR 15 Okt (Bernama) -- Hampir 88 peratus projek pembuatan yang diluluskan di Selangor antara 2021 hingga Jun 2026 telah mula dilaksanakan daripada peringkat pembinaan hinggalah kepada pengeluaran, setakat 13 Oktober 2026, demikian menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
16jam ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sebanyak 1,204 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah menerima manfaat daripada program Sokongan Industri dan Perniagaan (SINAR) yang dilaksanakan SME Corp Malaysia setakat 30 Sept.
1hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Peluasan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) daripada 30 kepada 50 konstituen dijangka memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai ekonomi domestik Malaysia.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Golongan muda berusia 30 tahun dan ke bawah mencatatkan sejumlah 65.9 juta transaksi skim Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) bernilai RM5.4 bilion pada separuh pertama 2026 yang merangkumi 37.9 peratus daripada jumlah penggunaan BNPL di Malaysia.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Seramai 52,133 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip di Sabah diluluskan kelayakan tambahan 100 liter diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) setakat 12 Oktober 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- HIS TIZA Pahang Sdn Bhd (HTP) sedang memperoleh 30 peratus kepentingan dalam kumpulan perladangan dari Pahang iaitu Mentiga Corporation Bhd melalui pertimbangan tunai RM21 juta daripada pemegang saham terbesarnya, Amanah Saham Pahang Bhd (ASPA).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tertekan akibat paras stok yang tinggi dan corak pengeluaran bermusim, dengan kemungkinan berlaku fenomena El Niño akan menyokong harga pada 2027, menurut firma penyelidikan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd melihat sektor pengguna sebagai penerima manfaat utama Belanjawan 2027 didorong oleh pelepasan cukai pendapatan individu yang dapat meningkatkan kuasa perbelanjaan dalam kalangan rakyat Malaysia berpendapatan sederhana.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) (MEUFTA) pada akhir Jun 2027, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkukuh usaha menstabilkan harga barangan keperluan bagi menangani kebimbangan terhadap kenaikan kos sara hidup susulan pelaksanaan gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- iCents Group Holdings Bhd berjaya memperoleh projek fasiliti pemprosesan wafer semikonduktor dua peringkat di Selangor dengan nilai potensi kontrak RM36.15 juta, tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST).