BERITA TERKINI   Malaysia sambut baik usaha Myanmar laksana pembaharuan, sesuaikan dasar tangani pelbagai cabaran kompleks dihadapi negara itu - Anwar | Kira-kira 70 peratus potensi pengurangan pelepasan Malaysia boleh dicapai melalui langkah melibatkan kos pengurangan negatif atau rendah - Fadillah | Malaysia, Myanmar sepakat perkukuh hubungan dua hala, utamakan kerjasama berorientasikan rakyat - Anwar | Malaysia sasar pengurangan mutlak 15 hingga 30 juta tan karbon dioksida setara menjelang 2035 di bawah NDC 3.0 - TPM Fadillah | Pengendali pelabuhan perlu giat usaha penyahkarbonan untuk penuhi piawaian alam sekitar antarabangsa, kekal daya saing dalam industri maritim global - Loke | 

Terdapat 20 berita berdasarkan kata kunci carian " kemudahan pembuatan"

JAC Motors Akan Memasang Trak Pikap T9 PHEV, BEV Secara Tempatan

KUALA LUMPUR, 30 Sept  (Bernama) -- JAC Motors, melalui pengedar trak tempatan iaitu Evolvelectric Motors Sdn Bhd, memeterai perjanjian dengan anak syarikat milik penuh Feytech Holdings Bhd, FT Assembly Sdn Bhd, untuk memasang secara tempatan trak pikap JAC T9 Diesel, kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) petrol dan kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) di Malaysia.

LB Group Perluas Operasi Di Malaysia Dengan Kemudahan Bernilai RM1 Bilion Di Kedah

KUALA LUMPUR, 24 Sept  (Bernama) -- LB Group Co Ltd, pengeluar titanium dioksida dan bahan kimia bukan organik yang berpangkalan di China, memperluas operasinya di Malaysia dengan melancarkan kemudahan baharu di Gurun Heavy Industrial Park (GHIP) di Kedah, yang membabitkan jumlah pelaburan sebanyak RM1 bilion.

BYD Perkenal Pelan Pengembangan EV Malaysia Dalam Seminggu Lagi

SHENZHEN, 5 Sept (Bernama) -- Gergasi kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD Co Ltd dijangka mengumumkan pelan pengembangan selanjutnya di Malaysia dalam tempoh seminggu, di tengah-tengah persoalan sama ada pembuat kereta itu akan bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan atau menubuhkan kemudahan pembuatannya sendiri.

SkyGate NHJ Technology Mahu Labur US$30 Juta Bagi Fasiliti Pembuatan Pintar Di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 4 Sept (Bernama) -- SkyGate NHJ Technology Sdn Bhd merancang untuk melabur sejumlah US$30 juta (US$1=RM4.03) bagi membangunkan kemudahan pembuatan pintar di Pulau Pinang dengan pelaburan dilaksanakan dalam dua fasa.

Syarikat China Mingyang Sasar Perluas Peranan Dalam Peralihan Tenaga Malaysia

Daripada Samantha Tan Chiew Tieng

GUANGZHOU, 4 Sept (Bernama) -- Gergasi tenaga bersih China, Mingyang Smart Energy Group Co Ltd, menyasar untuk memperluas penglibatannya di Malaysia dalam tenaga angin luar pesisir, solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) dan hidrogen, sejajar dengan aspirasi negara di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Untung Bersih IJM Naik Kepada RM137.39 juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd (IJM Corp) bagi suku pertama, berakhir pada 30 Jun, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027) meningkat kepada RM137.39 juta daripada RM95.60 juta dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas, didorong oleh bahagian pembinaan, pengilangan serta kuari.

JS-SEZ Alih Tumpuan Kepada 'Inovasi Rentas Sempadan' - Presiden AutomationSG

JOHOR BAHRU, 19 Ogos (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berfungsi sebagai pintu masuk serantau transformatif dengan memanfaatkan sinergi struktur antara kedua-dua ekonomi, mengubah paradigma daripada perdagangan rentas sempadan kepada inovasi rentas sempadan.

Syarikat Tersenarai Di Nasdaq, Intuitive Labur Hampir US$500 Juta Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Intuitive Surgical Inc, syarikat perintis pembedahan bantuan robotik Amerika Syarikat (AS) dan disenaraikan di Nasdaq, menjangkakan pelaburannya di Pulau Pinang mencecah hampir US$500 juta (US$1=RM4.08) sepanjang tempoh lima tahun pertama operasinya di negeri itu.

BAC Akan Labur US$150 Juta Bagi Kemudahan Pembuatan Di Nilai

NILAI, 5 Ogos (Bernama) -- Syarikat penyedia penyelesaian penyejukan mampan dan penyingkiran haba BAC memulakan pembinaan kemudahan pembuatan baharunya di Nilai dengan pelaburan yang dirancang berjumlah US$150 juta (US$1 = RM4.09) bagi memperkukuh keupayaan pembuatan, kejuruteraan dan inovasi serantaunya, selain mewujudkan sehingga 200 pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang 2035.

Nippon Paint China Tampil Pertama Kali Di ARCHIDEX 2026, Sasar Pasaran Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kepesatan Asia Tenggara dalam mempercepat aspek penerimagunaan piawaian bangunan hijau, peningkatan asas pembuatan, permintaan terhadap teknologi jimat tenaga dan kecekapan sektor pembinaan dan perindustrian, turut membuka peluang baharu bagi syarikat bahan binaan China mengembangkan operasi di serata rantau itu.

Eppendorf Pindah Sebahagian Pengeluaran Ke P. Pinang, Fokus Pasaran Global

GEORGE TOWN, 29 Julai (Bernama) -- Firma sains hayat Jerman, Eppendorf akan memindahkan sebahagian pengeluaran instrumen makmal terpilih daripada kemudahan sedia ada ke tapak pembuatan baharunya di Pulau Pinang.

Johor Sedia Hasil Robot Pembersihan AI Buatan Tempatan

KULAI, 16 Julai (Bernama) -- Johor bakal menjadi lokasi pengeluaran robot pembersihan berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama oleh syarikat tempatan menerusi kerjasama pemindahan teknologi dengan syarikat dari China.