BERITA TERKINI   PRN NS: Semua 38 pusat mengundi awal dibuka serentak 8 pagi ini | Glasgow 2026: Atlet angkat berat Muhammad Erry Hidayat raih emas ketiga Malaysia, ungguli kategori 79kg | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " keusahawanan"

JOM MALAYSIA Platform Perkasa Produk Sabah Ke Pasaran Global

SANDAKAN, 25 Julai (Bernama) -- Gerakan Nasional Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) diyakini mampu menjadi pemangkin dalam mengangkat produk dan jenama keluaran Sabah ke persada antarabangsa selaras dengan aspirasi "local to global" yang menjadi antara fokus Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

CGC Digital, Credit Bureau Malaysia Meterai MoU Bantu PMKS Perbaiki Kedudukan Kredit

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- CGC Digital dan Credit Bureau Malaysia (CBM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membantu lebih banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memahami kedudukan kredit mereka, sekali gus meningkatkan akses kepada pembiayaan. 

Pembesaran Pelabuhan Sapangar Dijangka Siap Oktober 2027

KOTA KINABALU, 22 Julai (Bernama) -- Projek pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar kini mencapai kemajuan 62.75 peratus setakat Jun lepas dan dijangka siap pada Oktober 2027 selepas pelaksanaannya tertangguh akibat kekangan mendapatkan bekalan pasir yang memenuhi spesifikasi projek.

Kilang, Industri Disaran Labur Semula Keuntungan Dalam R&D - Sim

GEORGE TOWN, 22 Julai (Bernama) -- Kilang dan pemain industri terutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) disaran memanfaatkan prestasi perdagangan negara yang kukuh pada tahun ini dengan melabur semula keuntungan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), automasi dan pembangunan bakat bagi meningkatkan daya saing jangka panjang.

KPK Sasar Pengeluaran Lada Premium Negara Naik Kepada 39,000 Tan Metrik Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, Jun 29 (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan pengeluaran lada premium negara meningkat kepada 39,000 tan metrik menjelang 2030 berbanding anggaran 33,000 tan metrik pada 2026, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Malaysia Mesti Keluar Daripada Model Berkos Rendah Bagi Menyokong Gaji Lebih Tinggi - Sim

GEORGE TOWN, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada harga rendah sebagai kelebihan daya saing memandangkan model perniagaan berkos rendah turut mengehadkan kemampuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menawarkan gaji yang lebih tinggi.

BDB Land Bangunkan Pusat Komersial Baharu Di Jitra Dengan GDV RM41.5 Juta

ALOR SETAR, 18 Jun (Bernama) -- BDB Land Sdn Bhd (BDB Land), anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) akan membangunkan pusat komersial baharu iaitu Darulaman Commercial District (DCD) di Bandar Darulaman, Jitra dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM41.5 juta.

Pulau Pinang Capai 81 Peratus Ke Arah Sasaran Penyertaan Wanita Dalam Keusahawanan

GEORGE TOWN, 15 Jun (Bernama) -- Pulau Pinang telah mencapai kemajuan sebanyak 81 peratus ke arah sasarannya untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan di bawah visi Penang2030, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.