BERITA TERKINI   LTdL 2026: Pelumba Pasukan XDS Astana Matteo Malucelli menang Peringkat Ketiga dari Sungai Petani ke Kuala Kangsar | Kelantan berpotensi menjadi peneraju ekonomi biru di Pantai Timur - Sultan Kelantan | Sultan Kelantan titah kerajaan negeri dan Persekutuan manfaatkan pengoperasian ECRL, pertingkat kecekapan logistik, tarik pelaburan baharu | Seramai 4,008 etnik Rohingya akan diletakkan di bawah program Dokumen Pendaftaran Pelarian bagi pengesahan identiti, latar belakang keselamatan - KDN | Penghantaran pulang tahanan warga Myanmar fasa pertama dilaksanakan secara sukarela, selamat dan ikut prosedur - KDN | 

Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " kwsp"

Malaysia Sasar Enam Daripada 10 Ahli KWSP Capai Simpanan Asas RM390,000 Menjelang 2030 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan tahap Kecukupan Pendapatan Persaraan kepada enam daripada setiap 10 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 pada usia 60 tahun menjelang 2030.

Khazanah Salur RM15 Bilion Setakat Ini Bagi Inisiatif GEAR-uP - Amirul Feisal

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) setakat ini telah menyalurkan sejumlah RM15 bilion daripada komitmen pelaburan domestik RM25 bilion menerusi inisiatif Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) diterajui Kementerian Kewangan.

KWSP Daftar 441,846 Ahli Baharu, Keahlian Hampir 18.5 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendaftarkan 441,846 ahli baharu dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2026 (1H 2026), menjadikan jumlah keahliannya hampir 18.5 juta.

Jumlah Pendapatan Pelaburan KWSP Separuh Pertama 2026 Naik 48 Peratus Kepada RM57.50 Bilion 

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Kerajaan Disaran Wujudkan Kawal Selia Tunggal Terhadap Institusi Kewangan Bukan Bank - Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ahli Parlimen menyarankan supaya kerajaan mewujudkan pengawal selia tunggal untuk institusi kewangan bukan bank (NBFI) yang memiliki aset yang besar ditempatkan di bawah payung penyeliaan yang sama.

TH Disaran Umum Prestasi Kewangan Setiap Suku Tahun Seperti KWSP

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) disaran mengumumkan prestasi kewangan dan pelaburannya setiap suku tahun seperti dilaksanakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebagai antara langkah memperkukuh ketelusan dan meningkatkan keyakinan pendeposit.

Kerajaan Perkasa Kekayaan Bumiputera Melalui Tabungan, Pelaburan Dan Kemahiran

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkasakan kekayaan isi rumah bumiputera, khususnya dalam kalangan kumpulan B40 dan M40, menerusi usaha meningkatkan tabungan, memperluas peluang pelaburan serta membangunkan kemahiran bagi meningkatkan pendapatan.

Unit WCT Holdings Peroleh Baki 30 Peratus Pegangan Dalam Jelas Puri Pada RM140 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd, iaitu WCT Land Sdn Bhd (WCTL) mengambil alih baki 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Jelas Puri Sdn Bhd (Jelas Puri) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan harga RM140 juta. 

KWSP, Fahmi Bincang Peluang Kerjasama Perkasa Literasi Kewangan, Persaraan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil baru-baru ini, membincangkan peluang kerjasama strategik yang lebih erat dalam memperkasakan literasi kewangan dan persaraan.

Dewan Rakyat Lulus Usul Pindahan RM14.5 Bilion Kepada Kumpulan Wang Pembangunan

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul memindahkan sebanyak RM14.5 bilion baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).