Terdapat 25 berita berdasarkan kata kunci carian " mata wang asing"

PNB Lancar Sukuk Boleh Tukar Bercagar Kedua Bernilai US$300 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) melancarkan sukuk boleh tukar bercagar kedua bernilai US$300 juta kedua untuk mengoptimumkan portfolionya menerusi penyelesaian pasaran modal yang inovatif.

Axiata Catat Untung Bersih Sebanyak RM42.53 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Axiata Group Bhd berkurangan kepada RM42.52 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 (suku kedua 2026) berbanding RM270.81 juta pada tahun sebelumnya.

Aset Rizab Antarabangsa Malaysia Berjumlah US$132.07 Bilion Setakat Akhir Julai 2026

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$132.07 bilion (US$1 = RM4.02), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$368.50 juta setakat akhir Julai 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Untung Bersih MISC Melonjak Kepada RM1.15 Bilion Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MISC Bhd meningkat lebih dua kali ganda kepada RM1.15 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM464.40 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Untung Bersih IJM Naik Kepada RM137.39 juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd (IJM Corp) bagi suku pertama, berakhir pada 30 Jun, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027) meningkat kepada RM137.39 juta daripada RM95.60 juta dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas, didorong oleh bahagian pembinaan, pengilangan serta kuari.

YTL Power Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM1.68 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Power International Bhd menyusut kepada RM1.68 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM2.54 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Affin, BCA Jalin Kerjasama Strategik Tingkatkan Manfaat Pelanggan Rentas Sempadan

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 19 Ogos (Bernama) -- Affin Bank Malaysia dan Bank Central Asia (BCA) Indonesia memeterai kerjasama strategik untuk menyediakan keistimewaan timbal balik kepada pelanggan mereka yang mengembara antara kedua-dua negara, meliputi penjagaan kesihatan, hospitaliti, tempat makan, beli-belah dan gaya hidup.

Kenanga IB Kekal Unjuran Ringgit Pada RM3.95 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran ringgit pada paras RM3.95 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong oleh pertumbuhan yang berdaya tahan, lebihan akaun semasa yang berterusan serta rekod deposit mata wang asing.

Ringgit Diunjur Stabil Menjelang Akhir Ogos – Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan ringgit akan stabil menjelang akhir Ogos susulan dolar AS menyusut semula selepas mengukuh sebelum ini berikutan Rizab Persekutuan AS (Fed) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Julainya.

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$132.1 Bilion Pada 31 Julai

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$132.1 bilion pada 31 Julai 2026 daripada US$131.8 bilion yang dicatatkan semasa 15 Julai lepas.

Maybank Singapore Sertai Inisiatif BLOOM MAS, Pacu Pembayaran Rentas Sempadan Digital

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Maybank Singapore Ltd hari ini mengumumkan penyertaannya dalam inisiatif Borderless, Liquid, Open, Online, Multi-Currency (BLOOM) oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), yang bertujuan memperkukuh infrastruktur pembayaran rentas sempadan dan perbankan transaksi generasi baharu bertaraf dunia.

Rizab Antarabangsa Malaysia Berjumlah US$132.56 Bilion Setakat Akhir Jun 2026

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$132.56 bilion (US$1=RM4.08), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.54 bilion setakat akhir Jun 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).