2jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Lanjutan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat perkapalan dan kadar duti setem tetap bagi pembiayaan kapal yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dijangka dapat mengurangkan kekangan pembiayaan yang dihadapi pemilik kapal di Malaysia.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia sepatutnya menubuhkan koridor pelayaran hijau bagi mempercepatkan peralihan industri maritim ke arah operasi yang lebih hijau menerusi penyelarasan yang lebih erat di antara kerajaan dengan penggiat industri, kata seorang pakar.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Orkim Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Orkim Ambition Sdn Bhd, menyelesaikan Protokol Penyerahan dan Penerimaan bagi kapal Orkim Opal, sekali gus menjadikan jumlah armada kumpulan itu kepada 20 buah kapal dan meningkatkan jumlah kapasiti muatannya sebanyak 5.5 peratus.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- MISC Bhd telah memperoleh kontrak Petronas LNG Ltd untuk pajakan jangka panjang lima kapal pembawa gas asli cecair (LNG) binaan baharu.
2hari ago
ISKANDAR PUTERI, 8 Okt (Bernama) -- Pelabuhan-pelabuhan di Malaysia perlu mempercepat usaha penyahkarbonan bagi memenuhi keperluan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) untuk mencapai pelepasan sifar bersih karbon menjelang 2050, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
4hari ago
PASIR GUDANG, 7 Okt (Bernama) -- Johor Port Bhd (Johor Port), ahli kumpulan MMC, sedang giat meneroka peluang bersama PT Pelabuhan Indonesia (Persero) Regional 1 Belawan untuk mewujudkan koridor perdagangan maritim lebih kukuh, menghubungkan Belawan di Sumatera Utara dengan Johor.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pembangunan pelabuhan Pulau Carey dan Midport tidak akan menjejaskan kedudukan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) kerana setiap pelabuhan mempunyai pengkhususan dan konsep pembangunan berlainan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
10hari ago
Oleh Shakir Husain
HYDERABAD, 30 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang meneliti langkah bagi meningkatkan lagi eksport produk-produk minyak sawit bernilai tinggi ke India seiring dengan permintaan terhadap minyak sayuran yang kekal kukuh di negara pengimport utama itu.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjadi agensi peneraju tunggal bagi meluluskan lesen bunkering dan permit berkaitan mulai 1 Feb, 2027, kata menterinya Anthony Loke Siew Fook.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) mencadangkan insentif cukai diperuntukkan menerusi Belanjawan 2027 bagi menggalakkan lebih banyak kapal Malaysia dibina dan dibaik pulih dalam negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pelabuhan-pelabuhan Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menerajui peralihan negara ke arah operasi pelabuhan yang lebih hijau, memandangkan peranan strategik mereka dalam menghubungkan industri domestik ke pasaran global dan mengukuhkan hubungan perdagangan ASEAN dengan rakan perdagangan utama, termasuk China.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada 4.7 peratus pada 2026, dipacu oleh eksport serta pelaburan berkaitan teknologi selain permintaan domestik yang memberangsangkan, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).