BERITA TERKINI   Empat maut termasuk bayi dan kanak-kanak perempuan lima tahun dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 107 Lebuhraya PLUS, berhampiran Pagoh petang tadi - Bomba | PH bertanding 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 - Anwar | ASA 2026: Kemenangan Bernama menerusi dua kategori radio dan satu kategori TV bukti keupayaan hasilkan kandungan berkualiti - Nur-ul Afida | PRN Melaka: Ab Rauf, Akmal Saleh, Mohd Noor Helmy kekal bertanding di DUN masing-masing | Pengacara Bernama TV Muhammad Dinnie Asyraf Salim dinobatkan Pengacara TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2026 | 

Terdapat 16 berita berdasarkan kata kunci carian " platform digital"

MyCoverageOKU Sedia Akses Lebih Mudah Perkhidmatan Insurans Dan Takaful Kepada OKU

SHAH ALAM, 24 Okt (Bernama) -- Industri insurans dan takaful negara terus memperkukuh usaha meningkatkan keterangkuman kewangan menerusi pelancaran MyCoverageOKU, sebuah platform digital yang menyediakan akses lebih mudah kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Sidang Kemuncak Alibaba.com Tawar Peluang Perdagangan Digital, AI Kepada PKS Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Persidangan Alibaba.com B2B AI Seller Summit 2026 dan pertandingan CoCreate Pitch Malaysia 2026 menawarkan peluang kepada perniagaan Malaysia menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan perdagangan digital untuk  berkembang ke pasaran global.

Ekonomi Digital Perlu Berlandaskan Persaingan Adil, Lindungi PMKS - PM Anwar

PUTRAJAYA, 21 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi digital negara perlu berlandaskan persaingan yang adil termasuk menangani amalan platform digital yang boleh membebankan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Manfaatkan Portal Penipuan Kebangsaan Percepat Pengesanan Dana

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 14 Okt (Bernama) -- Malaysia memanfaatkan Portal Penipuan Kebangsaan untuk mempercepat pengesanan dan pemulihan dana dalam usaha membanteras penipuan kewangan digital melalui kerjasama bersepadu antara institusi kewangan.

Pendidikan Pelaburan Perlu Diperkukuh Bendung Penipuan Digital – Bursa Malaysia

ALOR SETAR, 13 Okt (Bernama) -- Pendidikan dan kesedaran pelaburan perlu diperkukuh bagi membantu pelabur membuat keputusan bermaklumat serta mengelak daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Fad’l Mohamed.

Peruntukan RM270 Juta Dalam Belanjawan 2027 Tingkat Akses PKS Kepada Modal Swasta

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM270 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat bersaiz sederhana serta perusahaan sosial mendapatkan modal swasta akan mengurangkan kos pembiayaan serta halangan mendapatkan modal.

MATRADE Terima Peruntukan RM60 Juta Bina Keupayaan Syarikat Tempatan Tembusi Pasaran Luar 

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama)-- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM60 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada tahun hadapan bagi membina keupayaan syarikat tempatan menembusi dan mempelbagai pasaran luar.

Cawangan Baharu PISB Perkukuh Ekosistem Perniagaan GM Klang

KLANG, 8 Okt (Bernama) -- GM Klang memperkukuh ekosistem perniagaan menerusi pembukaan cawangan terbesar rangkaian peruncitan kelengkapan perkahwinan dan dekorasi rumah, Porcelain Inn Sdn Bhd (PISB) di Lembah Klang.

AICB Gesa Perkukuh Perkongsian Risikan Tangani Jenayah Kewangan

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Institut Bank-Bank Bertauliah Asia (AICB) dan Kumpulan Rangkaian Pegawai Pematuhan (CONG) menggesa perkongsian risikan yang lebih kukuh, penggunaan teknologi secara bertanggungjawab serta kerjasama lebih erat merentas ekosistem kewangan bagi menangani jenayah kewangan.

Core Proptech Catat Transaksi Hartanah Lebih RM158 Juta Dalam Tempoh 12 Bulan

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Syarikat teknologi hartanah, Core Proptech Sdn Bhd mencatat transaksi hartanah bernilai lebih RM158 juta daripada lebih 150 unit yang dijual sejak 12 bulan lepas.

Malaysia Airlines Meterai Tiga MoU, Perkukuh Hubungan Dengan Pasaran China

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) dengan Huawei, Weixin Pay, dan TravelSky Technology Ltd, bagi memperkukuh kehadiran digitalnya di China, sambil memperkasa kedudukan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk ke Malaysia dan rantau yang lebih meluas.

PMKS, Peniaga Tempatan Perlu Diperkasa Seiring Pertumbuhan Ekonomi - Armizan

BATU KAWAN, 19 Sept (Bernama) – Kerajaan berusaha memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta peniaga tempatan agar mereka dapat menjadi komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara, di samping menerima manfaat daripada perkembangan ekonomi.