BERITA TERKINI   RCI TH: Bekas timbalan pengurus besar projek pembinaan TH Properties didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan subahat pecah amanah | 

Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " rakan kerjasama"

Malaysia Perlu Manfaatkan Impak Positif Sukan Permotoran Untuk Bakat, Teknologi - Jazeman Jaafar

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Lebih dua dekad menceburi dunia sukan permotoran membawa Jazeman Firhan Jaafar, menempuhi pelbagai pengalaman daripada menyertai perlumbaan di pentas antarabangsa dan hampir merealisasikan impian ke Formula Satu (F1), sehinggalah beraksi pada perlumbaan berprestij Le Mans.

Bahagian Automasi Mesin ABB Group Sasar Pulau Pinang Sebagai Hab Operasi Asia Tenggara

GEORGE TOWN, 8 Sept (Bernama) -- Bahagian Automasi Mesin (B&R) ABB Group yang berpangkalan di Switzerland berhasrat memperkukuh kehadirannya di Pulau Pinang dan memperluas peranan negeri itu dalam operasi Asia Tenggaranya.

Maxis Guna Teknologi Pengangkutan Optik Nokia Untuk Pacu AI, Kesalinghubungan Perusahaan

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Maxis baru-baru ini melaksanakan teknologi pengangkutan optik Nokia sekali gus memperkukuh infrastruktur rangkaian di seluruh negara dan rentas sempadan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kecerdasan buatan (AI) serta kesalinghubungan perusahaan.

Syarikat China Mingyang Sasar Perluas Peranan Dalam Peralihan Tenaga Malaysia

Daripada Samantha Tan Chiew Tieng

GUANGZHOU, 4 Sept (Bernama) -- Gergasi tenaga bersih China, Mingyang Smart Energy Group Co Ltd, menyasar untuk memperluas penglibatannya di Malaysia dalam tenaga angin luar pesisir, solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) dan hidrogen, sejajar dengan aspirasi negara di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

MISC Peroleh Kontrak Sewa Jangka Panjang Kapal Pengangkut LNG Daripada Malaysia LNG

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- MISC Bhd memperoleh kontrak daripada Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) iaitu pengendali Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) Petronas di Bintulu, Sarawak bagi sewaan jangka panjang sebuah kapal pengangkut LNG (LNGC) baharu berkapasiti 18,700 meter padu (cbm).

F1 GP Bahrain Dijangka Pacu Sektor Pelancongan Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia dijangka melonjak ketara dengan kehadiran peminat Formula Satu (F1) dari seluruh dunia untuk menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain (GP Bahrain), yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober ini.

MAHB Catat 51 Juta Pergerakan Penumpang Separuh Pertama 2026 Dipacu Perjalanan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 51 juta pergerakan penumpang di seluruh lapangan terbangnya di Malaysia pada separuh pertama 2026, meningkat 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

MBSB Bank, NCIA Meterai MoU Penyediaan Pembiayaan Hingga RM1 Bilion Untuk PKS

PETALING JAYA, 17 Julai (Bernama) -- MBSB Bank Bhd hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi di seluruh Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan kemudahan pembiayaan sehingga RM1 bilion.

MAG, AirBorneo Bekerjasama Pulihkan Operasi, Tingkat Ketersediaan Pesawat

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menerusi cabang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), MAB Engineering Services, kekal komited menyokong AirBorneo menerusi kerjasama penyelenggaraan sedia ada ketika syarikat penerbangan milik Sarawak itu berusaha mengatasi cabaran operasi yang dihadapi kebelakangan ini

Uzbekistan Berminat Perkukuh Hubungan Pelaburan, Perniagaan Dengan Malaysia, ASEAN

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Uzbekistan menyatakan minat untuk memperkukuh hubungan pelaburan dan perniagaan dengan Malaysia serta negara-negara ASEAN, khususnya dalam sektor industri bernilai tambah tinggi, pembuatan dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS).