BERITA TERKINI   GP Bahrain di Malaysia 2026 yang ditangguhkan akan bermula 4.33 petang - Formula 1 | Empat termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan babitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Timur Barat dari Kelantan ke Gerik - Bomba | Permulaan perlumbaan GP Bahrain di Malaysia 2026 ditangguhkan - Formula 1 | Sultan Brunei berangkat tiba di SIC untuk menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 | Agong berangkat tiba di SIC untuk menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 | 

Terdapat 85 berita berdasarkan kata kunci carian " sambutan"

Ulang Tahun Ke-23, Eco-Shop Tawar Hadiah RM250,000 Menerusi Kempen Beli Dan Menang

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Eco-Shop Malaysia Berhad (Eco-Shop) menganjurkan kempen beli dan menang di seluruh negara bermula 5 Okt hingga 29 Nov, dengan tawaran pelbagai hadiah bernilai RM250,000 sempena sambutan ulang tahun ke-23 syarikat itu.

Sebanyak 65 Ruang Niaga, 35 Pakej Pengurusan Fasiliti Ditawarkan Sepanjang Jajaran ECRL

KUANTAN, 2 Okt (Bernama) -- ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB) menawarkan 65 ruang niaga dan 35 pakej pengurusan fasiliti kepada usahawan dan kontraktor tempatan di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sempena penganjuran Jelajah Usahawan dan Kontraktor Perkhidmatan Sokongan ECRL baru-baru ini.

Donuf Sasar 100 Cawangan Menjelang 2029

Oleh Nur Fadhliana Shaari

JOHOR BAHRU, 2 Okt (Bernama) -- Pengasas Donuf, produk gabungan donat dan pastri berkrim (creampuff) rangup, menyasarkan membuka 100 cawangan di seluruh negara menjelang 2029 didorong oleh perkembangan positif perniagaan itu sejak mula beroperasi April lepas.

Apam Balik Jalan Mawai Terus Jadi Buruan Pelanggan Dari Segenap Daerah

KOTA TINGGI, 1 Okt (Bernama) -- Berkat mempertahankan resipi keluarga sejak 19 tahun lepas, apam balik Jalan Mawai di sini terus menjadi buruan pelanggan dari serata daerah, malah perisa asli masih menjadi pilihan utama pelanggan kerana kesegaran bahan yang digunakan.

KLIA Dijangka Terima Tiga Atau Empat Syarikat Penerbangan Baharu Menjelang Akhir Tahun

SEPANG, 30 Sept (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka menerima tiga atau empat syarikat penerbangan baharu menjelang akhir tahun ini, dengan perbincangan mengenainya sudah berada di peringkat lebih tinggi.

BS Freshmart Sasar Buka 35 Cawangan Menjelang 2028

Oleh Kamarul Halim M Kamal

KLUANG, 30 Sept (Bernama) -- Bermula daripada sekumpulan nelayan yang mahu menjual sendiri hasil tangkapan tanpa bergantung kepada orang tengah, pasar raya BS Freshmart kini berkembang dengan pembukaan cawangan ke-29 selain menyasarkan untuk memiliki 35 cawangan menjelang 2028.

Belanjawan 2027 Diharap Ketengah Dasar Automotif, Kerangka Pembaharuan Kenderaan - Proton

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) berharap Belanjawan 2027 akan mengetengahkan dasar automotif jangka panjang yang melibatkan keterangkuman teknologi bagi menyokong peralihan industri ke arah kenderaan elektrifikasi (xEV).

IPO SLGC Terlebih Langganan 3.1 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SLGC Bhd mencatat terlebih langganan sebanyak 3.1 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities.

Malaysia Jadikan TVET Sebagai Teras Dasar Perindustrian Bagi Transformasi Ekonomi

Daripada Harlina Samson

SHANGHAI, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia mengangkat Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) sebagai teras dasar perindustriannya, menjadikannya sebagai instrumen utama transformasi ekonomi untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan pendapatan yang baik.

IPO GB Bond Catat Lebihan Langganan 8.22 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE Pada 1 Okt

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bahagian awam Malaysia dalam tawaran awam permulaan (IPO) GB Bond Holdings Bhd mencatatkan lebihan langganan sebanyak 8.22 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 1 Okt 2026.

Pasaran Getah Dijangka Kekal Stabil, Cenderung Turun Sedikit Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka kekal stabil dari segi harga dan permintaan dengan sedikit kecenderungan menurun minggu depan berikutan kos yang lebih tinggi, ketidaktentuan geopolitik serta keseimbangan di antara penawaran dengan permintaan yang masih terkawal.

Jangkaan Harga Minyak Mentah Lebih Tinggi, Sokong Niaga Hadapan MSM Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, disokong oleh jangkaan harga minyak mentah yang lebih kukuh dalam persekitaran ketegangan geopolitik yang berterusan.