2jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 53.7 peratus tahun ke tahun kepada RM396.5 bilion pada September 2026 daripada RM258.1 bilion setahun lepas, disokong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) berjaya memuktamadkan kemudahan pembiayaan berjangka Islam bersindiket berjumlah RM5.2 bilion.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat 19 peratus kepada 69,609 unit pada September 2026 berbanding 58,490 unit pada bulan sama tahun lepas.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada September 2026 berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya, dengan mata indeks meningkat kepada 137.6 daripada 135.2 (September 2025), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashed
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) – Pendedahan kewangan kerajaan terhadap Digital Nasional Bhd (DNB) telah berkurangan kepada sifar susulan penyempurnaan kemudahan pembiayaannya yang bernilai RM5.2 bilion, dengan syarikat itu dijangka membiayai diri sendiri sepenuhnya pada masa hadapan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Power Transmission Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM293.88 juta membabitkan pembinaan dua stesen pendaratan pengguna (CLS) 275 kilovolt (kV) bagi pembangunan pusat data yang terletak di wilayah tengah Semenanjung Malaysia.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM60 juta yang disediakan kerajaan di bawah Belanjawan 2027 kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) boleh membantu membina keupayaan syarikat tempatan menembusi dan mempelbagaikan pasaran eksport.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Stok keseluruhan minyak sawit Malaysia meningkat sebanyak 691,835 tan atau 24.54 peratus kepada 3.51 juta tan pada September tahun ini berbanding 2.8 juta tan pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
7hari ago
PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Indeks harga seunit besi meningkat antara 0.1 hingga 5.1 peratus di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi tempoh September 2025 hingga September 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mencadangkan penubuhan Tabung Bencana dan Kawalan Penyakit Sektor Agrikomoditi sebagai antara inisiatif utama Belanjawan 2027 bagi membantu mengurangkan kerugian pekebun kecil akibat bencana alam, serangan perosak dan penyakit tanaman.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Jumlah pinjaman FELDA yang masih dijamin kerajaan berjumlah RM5.88 bilion setakat 30 September 2026, selepas mengambil kira bayaran prinsipal sebanyak RM3.04 bilion, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
12hari ago
Oleh Christine Lim
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Umios Corporation, antara syarikat perikanan dan makanan terbesar di dunia, berhasrat mengembangkan operasinya di Malaysia menerusi pelaburan baharu yang akan melonjakkan perniagaan dalam segmen makanan untuk manusia serta haiwan peliharaan.