BERITA TERKINI   Nahas tren: Kedutaan Malaysia di Madrid belum sahkan rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkan kepada orang awam - AGC | Laporan siasatan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimaklumkam kepada orang awam - AGC | Anak syarikat Titijaya Land Bhd, Aman Duta Sdn Bhd menjual Penang Logistics Hub 5 di Pulau Pinang kepada Pelaburan Hartanah Bhd dengan bayaran tunai RM300 juta | Belanjawan 2027 sentiasa angkat agenda suburkan syiar Islam, bantu pondok di Malaysia - PM Anwar | 

Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian "fed"

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Keyakinan Terhadap Ekonomi Malaysia

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit kembali ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh keyakinan terhadap asas ekonomi Malaysia susulan sentimen positif terhadap pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI) serta jangkaan pertumbuhan domestik yang berterusan, kata seorang penganalisis.

Indeks Utama Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan.  

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Untuk Hari Dagangan Kelapan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari dagangan kelapan berturut-turut hari ini, mencerminkan momentum mata wang tempatan yang positif secara berterusan pada awal dagangan.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Mata Wang Utama, Susut Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau pada Isnin, namun susut berbanding dolar AS apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed), kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saham Wajaran Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin terjejas oleh aktiviti jualan dalam saham wajaran tinggi tertentu terutamanya sektor utiliti dan perbankan selain dipengaruhi prestasi yang lebih lemah di pasaran serantau.

Harga Minyak Mentah Brent Meningkat Susulan Serangan Houthi, Gangguan Perkapalan

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent meningkat kepada US$117 (US$1=RM4.08) setong, didorong oleh peningkatan serangan Houthi terhadap infrastruktur Arab Saudi serta aliran minyak yang lebih perlahan melalui Selat Hormuz, menurut Rystad Energy.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat.

Ringgit Dijangka Diniaga Dalam Jajaran Kecil Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Fed Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM4.07 hingga RM4.08 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pelabur memantau keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 27-28 Oktober.

Ringgit Dibuka Meningkat Ketika Kebimbangan Pelaburan AI Jejas Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang susut nilai diasak kejatuhan harga saham susulan kebimbangan mengenai pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI).