Terdapat 151 berita berdasarkan kata kunci carian "global"

APEC Utamakan Kerjasama Pelbagai Hala Menjelang Pertemuan Pemimpin AS, China Dan Rusia

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertemuan tiga hala yang dijangka melibatkan pemimpin Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia tidak seharusnya mengalihkan perhatian daripada kerjasama pelbagai hala yang lebih luas menerusi platform Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), kata seorang pegawai APEC.

APEC Gesa Kurangkan Halangan Perdagangan Bagi Kekalkan Pertumbuhan Serantau

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Sekatan perdagangan yang semakin meningkat di rantau Asia Pasifik memberi cabaran kepada perniagaan dan rantaian bekalan, kata Pengarah Unit Sokongan Dasar Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Carlos Kuriyama.

Prospek Pertumbuhan Rantau APEC Diunjur Cecah 3.4 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) diunjur mencecah 3.4 peratus pada 2026, meningkat daripada unjuran awal pada 3.2 peratus, disokong oleh pelaburan teknologi yang kukuh serta aktiviti perdagangan yang lebih rancak.

Metronomik, Pembangun Permainan Video Tempatan Impi Ketengah Budaya Asia Tenggara Ke Pasaran Dunia

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Susulan penglibatan dalam penghasilan judul permainan video yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Final Fantasy XV dan Street Fighter, pembangun dari Malaysia, Wan Hazmer Wan Abdul Halim dan Daim Dziauddin, mengorak langkah untuk menubuhkan sebuah studio yang mampu mengetengahkan budaya Asia Tenggara kepada para pemain di seluruh dunia.

SOLIDWORKS Perkukuh Penggunaan AI Dalam Kejuruteraan Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- SOLIDWORKS, perisian reka bentuk dan kejuruteraan berbantukan komputer (CAD/CAE) milik Dassault Systèmes yang berpangkalan di Perancis, merancang untuk mempertingkat aliran kerja kejuruteraan berasaskan kecerdasan buatan (AI), menambah baik pembantu maya serta mengintegrasikan pengesahan reka bentuk menjelang 2027.

Malaysia Perlu Beralih Kepada Penciptaan Produk Bernilai Tinggi Untuk Perkukuh Sektor Perindustrian

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) - Malaysia perlu beralih daripada sekadar menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global kepada pencipta dan pemilik harta intelek, teknologi dan jenama yang inovatif.

Pasaran Getah Diunjur Mendatar Minggu Depan Susulan Kebimbangan Gangguan Bekalan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur diunjurkan mendatar pada minggu depan berikutan fenomena cuaca El Nino yang berpotensi menjejaskan bekalan di negara pengeluar utama, menurut persatuan industri.

FMM Gesa Pengilang Bina Daya Tahan Digital Susulan Gangguan Microsoft

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) menekankan bahawa transformasi digital mesti disertai dengan daya tahan digital susulan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di peringkat global.

Saham-saham AI Dan Teknologi Kekal Kukuh Walaupun Ketidaktentuan Nvidia

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Saham-saham Kecerdasan buatan (AI) dan teknologi di Bursa Malaysia kekal berdaya tahan pada awal dagangan hari ini, mengetepikan kebimbangan mengenai ketidaktentuan kepimpinan di syarikat pembuat cip, Nvidia Amerika Syarikat (AS).

Boeing Jangka Permintaan Pesawat Asia Tenggara Hampiri 5,000 Unit Menjelang 2045

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Boeing, pengeluar pesawat global mengunjurkan permintaan terhadap pesawat di Asia Tenggara mencecah hampir 5,000 unit menjelang 2045.

Industri Penerbangan Perlu Perkukuh Kapasiti Institusi Serap Ketidaktentuan Global - Hasbi

 KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Industri penerbangan perlu memperkukuh kapasiti institusinya bagi menyerap ketidaktentuan makroekonomi global serta mengharungi ketidakpastian ekonomi luaran, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Pengembangan Koa Denko Bakal Wujudkan Lebih 950 Peluang Pekerjaan Di Melaka – Ab Rauf

MELAKA, 13 Nov (Bernama) -- Pengembangan operasi pembuatan KOA Denko Malaysia Sdn Bhd di Ayer Keroh dijangka mewujudkan lebih 950 peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan prospek pekerjaan dan membangunkan tenaga kerja tempatan berkemahiran di Melaka.