Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian "itali"

KJTS Group Peroleh Kontrak 20 Tahun Bagi Bina, Kendali Loji Penyejuk Hospital Di Bangkok

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Anak syarikat KJTS Group Bhd (KJTS) di Thailand, iaitu KJTN Engineering Company Ltd (KJTN Engineering) memperoleh perjanjian selama 20 tahun bagi mereka bentuk, membina dan mengendalikan loji penyejuk di Hospital Synphaet Ramintra Hospital, Bangkok. 

Exsim Hospitality Cadang Beli Menara F Empire City Pada Harga RM226 Juta

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Exsim Hospitality Bhd menerusi anak syarikatnya Blossom Hectares Sdn Bhd (BHSB) memeterai perjanjian opsyen beli dengan Iconic Insight Sdn Bhd bagi memudah cara cadangan pembelian Menara F di Empire City, Damansara Perdana, Selangor pada harga RM226 juta.

MITI: 14 Lawatan Rasmi Luar Negara Jana Potensi Pelaburan Sebanyak RM59.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Sebanyak 14 lawatan rasmi serta misi perdagangan dan pelaburan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah dilaksanakan melalui agensi perdagangan selain pelaburan dari 2025 sehingga September 2026. 

Pembukaan Semula Laluan Tebedu-Entikong Pacu Dagangan Rentas Sempadan, PKS – SBF

Oleh Zaphne Philip

KUCHING, 29 Okt (Bernama) -- Langkah pembukaan semula laluan perdagangan Tebedu-Entikong dapat mempergiat aktiviti ekonomi, meningkatkan perdagangan rentas sempadan serta menarik pelaburan antara Sarawak dan Kalimantan Barat, menurut Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).

Tenaga Nuklear Boleh Perkukuh Campuran Tenaga Karbon Rendah Malaysia

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 28 Okt (Bernama) -- Tenaga nuklear boleh menjadi tambahan berdaya maju kepada campuran tenaga Malaysia bagi tempoh jangka panjang, melengkapi tenaga boleh baharu bagi mewujudkan sistem yang rendah karbon, selamat, terjamin dan memelihara alam sekitar. 

SIC Kaji Semula Harga Tiket MotoGP, Caj Sewaan Litar Bagi Tingkatkan Perolehan -- CEO

Oleh Siti Radziah Hamzah

SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang meneliti kemungkinan menyemak semula harga tiket MotoGP dan caj sewaan litar bagi meningkatkan perolehan, menampung kos operasi yang kian meningkat serta membantu membiayai bahagian yuran hak penganjuran kejuaraan itu.

Exsim Hospitality Raih Subkontrak RM13.49 Juta.

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Exsim Hospitality Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM13.49 juta daripada Binastra Builders Sdn Bhd bagi membekalkan, membuat, menghantar dan memasang kerja-kerja pertukangan kayu.