31minit ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2026 dan RUU Langkah-Langkah Bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2026 di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggesa Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) memastikan laporan kewangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diterbitkan secara berkala, khususnya berkaitan projek berkeutamaan tinggi seperti aerotrain, sistem pengendalian bagasi dan pembesaran lapangan terbang.
1hari ago
PUTRAJAYA, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan lebih lima peratus tahun ini untuk tiga tahun berturut-turut, didorong prestasi ekonomi yang kekal kukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1hari ago
PUTRAJAYA, 15 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dibuat berdasarkan keadaan inflasi yang terkawal serta pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kekal kukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pembukaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal membawa kelegaan besar buat penduduk di wilayah berkenaan memandangkan perkhidmatan rel moden ini mampu memendekkan tempoh perjalanan antara Kelantan, Terengganu, dan Pahang menuju ke Lembah Klang berbanding kaedah pengangkutan darat sedia ada.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Cadangan memperluas skop dan cakupan Skim i-Sayang KWSP bagi membolehkan suami warganegara Malaysia membuat caruman secara sukarela untuk isteri bukan warganegara memerlukan penelitian menyeluruh bagi memastikan sebarang peluasan kekal selaras dengan tujuan asal i-Sayang serta kerangka dasar simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) meraih anugerah dalam kategori Pelaburan pada Pensions & Investments (P&I) WorldPensionSummit Excellence & Innovation Awards menerusi inisiatif Dana Pemacu bernilai RM6 bilion.
10hari ago
KLANG, 5 Nov (Bernama) -- Kapasiti pengendalian kontena tahunan Westports Malaysia Sdn Bhd dijangka meningkat dua kali ganda, daripada 14 juta kepada 28 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), menerusi pelan pengembangan yang sedang dilaksanakan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Malaysia akan terus memperluas penggunaan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan melalui kerjasama di bawah BRICS untuk mengurangkan kos transaksi serta risiko pertukaran asing.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion pada akhir Julai, 2026 menerima permintaan langganan melebihi US$9.5 bilion, mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap prospek ekonomi dan kedudukan kredit negara.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Institusi Kewangan Bukan Bank (IKBB) seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Amanah Raya Berhad tidak tertakluk di bawah kerangka pengawalseliaan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menurut Kementerian Kewangan (MoF).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan lebih RM14 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) sehingga 30 September, 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.