3jam ago
PELABUHAN KLANG, 25 Nov (Bernama) -- Aktiviti perlombongan pasir dasar laut di luar perairan negeri menyumbang lebih RM53.38 juta kepada hasil Kerajaan Persekutuan setakat Oktober tahun ini, susulan penambahbaikan sistem pemantauan digital bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan mengelakkan ketirisan hasil.
3jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menongkah arus aliran serantau apabila ditutup tinggi sedikit pada Rabu, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi terpilih, yang diterajui sektor produk dan perkhidmatan pengguna, perladangan, serta pengangkutan dan logistik.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- IOI Properties Group Real Estate Investment Trust (IOI PG REIT) menyasarkan untuk memperkukuh agihan kepada pemegang unit dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan menambah baik hasil daripada aset peruncitan, hotel dan pejabatnya serta meneruskan usaha pengambilalihan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Eksport perkhidmatan pusat data negara melonjak kepada RM11.7 bilion pada 2025 berbanding RM2.8 bilion pada 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Prospek tawaran awam permulaan (IPO) di Malaysia kekal positif menjelang 2027, dengan sebanyak 49 syarikat telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa kawal selia, menurut Deloitte Malaysia.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Koridor Pembangunan Sabah (SDC) akan menjalankan kajian separuh penggal pada awal 2027 bagi memperkukuh pelaksanaan SDC Blueprint 2.0, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Pemegang saham Public Financial Holdings Ltd (PFHL) hari ini meluluskan skim penyusunan di bawah cadangan penswastaan syarikat itu oleh Public Bank Bhd.
2hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 23 Nov (Bernama) -- Sebuah konsortium yang diketuai oleh Macquarie Asset Management (MAM) pada Isnin memeterai perjanjian mengikat bagi mengambil alih perniagaan menara telekomunikasi antarabangsa Edotco Group Sdn Bhd di lima pasaran Asia Pasifik bernilai US$1.2 bilion (US$1=RM4.12).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 meningkat kepada RM106.31 juta daripada RM93.91 juta pada suku yang sama tahun lepas.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- EMPG Group Bhd (EMPG Group) dijangka meraih kira-kira RM34.05 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Secutiries Bhd (Bursa Malaysia) yang dijadualkan pada 21 Disember 2026.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kingfa, Plastech China dan Eternal Asia sedang meneroka peluang mendapatkan bekalan dari Malaysia, meliputi bahan kimia khusus, polimer dan produk berasaskan sawit.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia bagi tahun 2026 kepada 40 peratus daripada 35 peratus, disokong oleh pertumbuhan kukuh setakat tahun ini (YTD) sebanyak 37.1 peratus.