BERITA TERKINI   Najib jalani hukuman tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028 bagi kes SRC dan kembali ke Penjara Kajang pada 24 Ogos tahun sama untuk kes 1MDB  | PRN Melaka: Ahmad Zahid harap peratusan keluar mengundi Sabtu ini lebih tinggi berbanding undi awal | TPM Ahmad Zahid hargai sumbangan Loke, sifatkan beliau seorang berprinsip | Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta | PRN Melaka: Undi awal selesai, semua 31 pusat pengundian awal ditutup 5 petang ini - SPR | 

Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian "pasaran baharu"

MIHAS 2026 Perkukuh Kedudukan Malaysia Sebagai Hab Perdagangan Halal Global

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 edisi ke-22 terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab perdagangan halal global dengan menghimpunkan perniagaan dan pemegang taruh industri bagi menjalin hubungan bermakna serta menyokong pertumbuhan berterusan industri itu.

Anak Syarikat Sapura Industrial Dapat Kontrak Pemasangan Gandar Chery Bernilai RM307 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Sapura Industrial Bhd, Sapura Machining Corporation Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian pembelian induk dengan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd.

TERAJU Lulus Pembiayaan RM101.43 Juta Kepada 186 Usahawan Bumiputera Johor

JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan pembiayaan berjumlah RM101.43 juta kepada 186 perusahaan bumiputera di Johor, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Junady Nawawi.

DEFA ASEAN Luaskan Peluang Pasaran Syarikat Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Perjanjian Kerangka Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang dijadualkan ditandatangani November ini bakal membuka peluang luas kepada syarikat Malaysia untuk memasarkan dan mengeksport produk mereka ke pasaran ASEAN yang mempunyai 690 juta penduduk.

MITI: 14 Lawatan Rasmi Luar Negara Jana Potensi Pelaburan Sebanyak RM59.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Sebanyak 14 lawatan rasmi serta misi perdagangan dan pelaburan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah dilaksanakan melalui agensi perdagangan selain pelaburan dari 2025 sehingga September 2026. 

MICCI Mudah Cara Hubungan Dagang Malaysia-Palestin Menerusi Pengiktirafan Halal JAKIM

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) membantu memperkukuh hubungan perdagangan Malaysia dan Palestin selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengiktiraf Palestine Standards Institution (PSI) sebagai badan pensijilan halal asing di Palestin.

Sektor Automotif, Pusat Data, Aeroangkasa Tawar Peluang Bernilai Tinggi Kepada Pengeluar Keluli - Sim

SUBANG JAYA, 29 Okt (Bernama) -- Industri besi dan keluli Malaysia berpeluang beralih kepada pengeluaran bernilai lebih tinggi dengan membekalkan produk kepada sektor automotif, pusat data dan aeroangkasa, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.

Pembukaan Semula Laluan Tebedu-Entikong Pacu Dagangan Rentas Sempadan, PKS – SBF

Oleh Zaphne Philip

KUCHING, 29 Okt (Bernama) -- Langkah pembukaan semula laluan perdagangan Tebedu-Entikong dapat mempergiat aktiviti ekonomi, meningkatkan perdagangan rentas sempadan serta menarik pelaburan antara Sarawak dan Kalimantan Barat, menurut Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).

Eksport Malaysia Ke AS Melonjak 69.1 Peratus Kepada RM282.07 Bilion – MITI

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) melonjak sebanyak 69.1 peratus kepada RM282.07 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2026 manakala jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat 39.6 peratus kepada RM378.70 bilion.

EXIM Bank Perkukuh Keupayaan Perniagaan Malaysia Menerusi Inisiatif Strategik Bernilai Lebih RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan memperkukuh keupayaan perniagaan Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa dan mengamalkan amalan mampan menerusi inisiatif strategik bernilai lebih RM1 bilion yang diamanahkan oleh kerajaan di bawah Belanjawan 2027.