Terdapat 613 berita berdasarkan kata kunci carian "r"

APEC Utamakan Kerjasama Pelbagai Hala Menjelang Pertemuan Pemimpin AS, China Dan Rusia

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertemuan tiga hala yang dijangka melibatkan pemimpin Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia tidak seharusnya mengalihkan perhatian daripada kerjasama pelbagai hala yang lebih luas menerusi platform Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), kata seorang pegawai APEC.

APEC Gesa Kurangkan Halangan Perdagangan Bagi Kekalkan Pertumbuhan Serantau

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Sekatan perdagangan yang semakin meningkat di rantau Asia Pasifik memberi cabaran kepada perniagaan dan rantaian bekalan, kata Pengarah Unit Sokongan Dasar Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Carlos Kuriyama.

Sabah Perluas Geran SME-UP Kepada Sektor Perkhidmatan Tahun Depan - Ewon

BELURAN, 15 Nov (Bernama) -- Sabah akan memperluas skop bantuan Geran SME-UP kepada sektor perkhidmatan di negeri itu pada tahun depan, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick.

Prospek Pertumbuhan Rantau APEC Diunjur Cecah 3.4 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) diunjur mencecah 3.4 peratus pada 2026, meningkat daripada unjuran awal pada 3.2 peratus, disokong oleh pelaburan teknologi yang kukuh serta aktiviti perdagangan yang lebih rancak.

Perak Dijangka Sekali Lagi Catat Lebihan Kewangan Tahun Ini, Atasi Unjuran Defisit RM95.5 Juta - Saarani

KUALA KANGSAR, 15 Nov (Bernama) -- Perak dijangka sekali lagi mencatatkan lebihan kewangan tahun ini mengatasi unjuran defisit sebanyak RM95.5 juta, sekali gus melakar pencapaian lebihan bagi tempoh lima tahun berturut-turut.

Ekonomi Malaysia Dijangka Catat Pertumbuhan Lebih Lima Peratus Bagi Tiga Tahun Berturut-turut - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan lebih lima peratus tahun ini untuk tiga tahun berturut-turut, didorong prestasi ekonomi yang kekal kukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

OPR Dikekalkan Beri Ruang Perniagaan Terus Berkembang - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 15 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dibuat berdasarkan keadaan inflasi yang terkawal serta pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kekal kukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Metronomik, Pembangun Permainan Video Tempatan Impi Ketengah Budaya Asia Tenggara Ke Pasaran Dunia

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Susulan penglibatan dalam penghasilan judul permainan video yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Final Fantasy XV dan Street Fighter, pembangun dari Malaysia, Wan Hazmer Wan Abdul Halim dan Daim Dziauddin, mengorak langkah untuk menubuhkan sebuah studio yang mampu mengetengahkan budaya Asia Tenggara kepada para pemain di seluruh dunia.

SOLIDWORKS Perkukuh Penggunaan AI Dalam Kejuruteraan Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- SOLIDWORKS, perisian reka bentuk dan kejuruteraan berbantukan komputer (CAD/CAE) milik Dassault Systèmes yang berpangkalan di Perancis, merancang untuk mempertingkat aliran kerja kejuruteraan berasaskan kecerdasan buatan (AI), menambah baik pembantu maya serta mengintegrasikan pengesahan reka bentuk menjelang 2027.

Malaysia Perlu Beralih Kepada Penciptaan Produk Bernilai Tinggi Untuk Perkukuh Sektor Perindustrian

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) - Malaysia perlu beralih daripada sekadar menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global kepada pencipta dan pemilik harta intelek, teknologi dan jenama yang inovatif.

ASEAN Meterai Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital, Perkukuh Integrasi Ekonomi

Daripada Linda Khoo Hui Li 

MANILA, 14 Nov (Bernama) -- Negara-negara ASEAN pada Sabtu melakar sejarah menerusi pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) yang bertujuan memudahkan urusan perdagangan dalam talian serta membantu perniagaan menjangkau pelanggan di seluruh rantau ini.

Malaysia Kekal Hubungan Baik Dengan AS, China Demi Kelangsungan Ekonomi -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia akan terus mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China yang merupakan antara pelabur dan rakan dagang terbesar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.